Khamis, 23 Februari 2012

Pelembut Hati Anak

Salam Semua............

Bagi yang berhajat untuk melembutkan atau mengawal anak2 yang agak nakal, mahulah bagi para Ibu, apabila memasak atau menyediakan hidangan kepada anak tersebut, membaca....

Ya Lathif....7X sambil hembus kemakanan atau minuman.

Atau....

Apabila anak nyenyak tidur, mahulah membaca

ALLAH HU LATHIFFUN BI'EBADIHI YAR ZUQU MAIYYASYA UWAHUWAL QOWAIYYUL 'AZIZ....bbrp kali

Jari telunjuk calitkan pada lelangit mulut, dan dengan hujung jari telunjuk yang basah, calitkan pada dagu anak tadi sambil membaca Ya Lathif.....berulang2 kali

Ini adalah amalan Para Ulama2, saya dapati dari Guru/Ustaz semasa belajar Ilmu Syariat dengan mereka

Wallahhu'alam

Amalan Awal Pagi

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Ini adalah Amalan Seharian saya secara peribadi, apabila sedar dari tidur.

Membaca Kalimah

Subhanallah
Walhamdulillah
Walailahaillallah
Wallah HuAkbar
Walahaulawala Quwwata Illa Billah 'aliyin 'Azhimm

Berselawat sambil 'penaik' wajah dan menepuk2 sehingga muka terasa sedikit hangat.
Lakukan sedikit senaman seperti Senaman Kucing/Harimau, Jelunjur Tuju, Menumbuk perlahan belakang dari belikat sehingga ke pinggang menggunakan belakang tapak tangan.
Urut2kan bermula dari peha sehingga ketapak kaki dengan menggunakan sebelah lagi tapak kaki, mulakan kaki kanan dahulu sambil berselawat ataupun membaca Ya Haiyyu Ya Qoiyyum
Kemudian duduk seperti bertasyahud, membongkok memegang ibu jari kaki dan akhirnya lakukan senaman Pelipat 7 anggota.

Setelah selesai, rihat sekadar seketika baharulah berwuduk atau mandi untuk mendirikan Solat Subuh.

Jika melakukan pada awal hari ahad, setelah selesai Solat Subuh, jika mahu, baca lah Bismillah 313 X sehingga matahari terbit, bagi sesiapa yang berhajat apa2.

Wallah hu'alam

Petua Melangkah -Keluar Rumah

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya BagiNYA, ZAT Yang Menguasai Segala Sesuatu, Yang KeberadaanNYA Tanpa Hitungan Masa dan Waktu, Tiada Awal dan Tiada Akhir, WujudNYA Tiada didalam Kiraan Detik Atau Masa......................

Ini adalah satu petua langkah dari amalan Pendekar dan Panglima.
Sebelum melangkah keluar rumah, haruslah berhenti sejenak di 'bendol' pintu sambil menahan nafas sekadar SUB HA NALLAH.Justru, lepaskan nafas secara perlahan lahan dan teratur, perhatikan sebelah mana nafas lebih kuat. Ulangi 3 kali, jika nafas kanan lebih kuat, maka teruskan perjalanan, jika nafas kiri lebih kuat, maka tundakan barang seketika.

Jika ada urusan kecemasan dan penting, maka bertawakkal kepada DIA, mulakan seperti ini:-

a) Baca Bismillah.................Langkah Kanan
b) Baca Tawakkaltu 'Alallahhi......Langkah Kiri
c) Baca Lahaulawala Quwwata Illa Billah Hil 'Aliyil "azhimmm..................Langkah Kanan

Maka, teruskan perjalan sambil membaca BI IZNILLAH (Dengan Izin ALLAH) berulang ulang sehingga terasa kelegaan hati atau membaca ini:-

YA HAIYYU YA QOIYYUM
BIROHMATIKA

Wallah Hu'alam

Rabu, 15 Februari 2012

Sekadar Teguran dan Pendapat

Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Seorang hamba ALLAH, bertanya kepada saya, bagaimanakah Ayat seperti dari Suratul Al-Kafirun, LA KOM DII NU KOM WALI YADIIN..boleh menjadi sebagai Pedang/Parang dsbnya, sedangkan Maksud Ayat tersebut ialah Bagimu agama mu, bagiku Agama ku.

Jawapan saya ialah, Tersirat d tersurat ayat tersebut adalah penegasan lubuk Aqidah  seorang mukmin (bukan Muslim) terhadap Agama dia, yakni Islam, Iman dan Ihsan. Bagaimana seorang yang mengaku Islam, yang bersongkol dan berbaik dengan orang2 kafir bagi menjatuhkan, memusnahkan, membusuk2kan, menjahanamkan seorang Islam yang lain, dimana kedua2nya sama2 mengucap Dua Kalimah Syahadah, sedang orang kafir tersebut secara terang terangan dan tersembunyi adalah berniat dan bersifat memusnahkan, Anti Islam, penaung kristian dsbnya, boleh mengamalkan Ayat tersebut !!??

Inti-pati Ayat tersebut ialah Lubuk yang Paling dalam Qolbu seorang Mukmin, satu Maqam yang tinggi, sedangkan Muslim hanya mereka yg amalkan 5 Rukun sahaja, tanpa Iman apatah lagi Ihsan, maka penyudahannya, sayapun tunjukkan pada hamba ini, memotong sekeping kertas dengan Ayat ini. Seterusnya, dia tercenggang dan bertanya , bagaimanakah mungkin?

Saya tinggalkan dia, kerana dia masih tidak faham perbezaan Islam, Iman dan Ihsan, dengan satu nasihat tegas kepada hamba ini, Bagaimanakah saya boleh menjatuhkan tangan saya keatas seorang Islam yang lain, sedangkan saya membaca FirmanNYA yang menggariskan sempadan yang amat jelas dan terang, Agama ku adalah untuk ku, kamu dengan agama mu.......................masakan saya mahu membinasakan saudara Islam saya??!!!!

Wallhualam

Jumaat, 10 Februari 2012

Petua Menambahkan Saiz dan Panjang Zakar

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya BagiNYA , sebanyak bilangan CiptaanNYA yang tiada Had dan Selama2nya

Petua Menambahkan Saiz dan Kepanjangan

Ini adalah Petua mudah yang diambil dari Pendekar2 dan Alim Ulama Melayu, diturunkan kepada saya oleh 'Bapak', seorang Tua di Manjoi, Ipoh, Perak pada tahun 80an.

Apabila telah mencapai ketegangan yang cukup, mahulah duduk diatas kedua belah punggung, sementara kedua2 belah tapak kaki dipertemukan, sementelahan duduk sebegitu, mahulah mencengkam 'takuk' zakar dengan lembut tetapi sekadar cukup untuk 'kepala' mengembang, maka mahulah dipusing2kan arah pusingan jam, menyentuh paha beberapa kali, ulangi juga arah lawan jam, dan diulang2 beberapa kali. Jangan dipaksa dengan keras atau kasar, kerana zakar adalah alat yang sensitif dan mudah luka , mahulah dilakukan dengan berhati hati dan lakukan amalkan sampai bila2. Insyallah, saiz dan kepanjangan akan sedikit bertambah.

Wallhu'alam

Khamis, 9 Februari 2012

Petua Untuk Para Suami

Salam Keatas Semua Yang Menucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Ketas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segla Pujian Hanya BagiNYA, sebanyak Bilangan CiptaanNYA

Petua Untuk Para Suami Bagi Menambahkan Kelazatan Untuk Isteri
================================

Boleh dilakukan bila-bila masa Petua mudah ini, yang mana apabila telah mencapai 'ketegangan' yang secukupnya, mahulah digosokkan2 kepala Zakar ke tumit kaki (boleh shj kanan atau kiri) sehingga hilang rasa 'ngilu'. Mahulah diamalkan selalu, maka apabila 'bersama' Isteri, amalan ini akan menambahkan ketahanan masa 'bersama' kerana setelah diamalkan bersungguh2, kawalan rasa 'ngilu' boleh mengurangkan sensitiviti 'zakar' suami, malahan Isteri pasti merasakan kelazatan yang melebihi biasa kerana amalan ini juga menambahkan 'kesat' kepala Zakar kaum suami, malah membantu kaum Isteri terlebih dahulu mencapai 'klimaks' kepuasan.

Jika ada kesabaran dan kawalan minda, kadang kala, Isteri akan mencapai 'klimaks' beberapa kali, lantaran ketahanan lamanya Suami mengawal 'Inzal'.

Lagi satu petua mudah ialah, rajinlah2 melakukan senaman kemutan urat 'hidup' yang bersambung dengan tulang sulbi/belakang, kerana senaman ini bukan sahaja boleh menambahkan 'saiz' kepala 'zakar', malah, jika sudah mahir, apabila dilakukan semasa belayar, nescaya menambahkan kelazatan dan keasyikkan Isteri, maka bertambahlah kasih dan sayang kepada suami.

Senaman ini juga boleh dilakukan oleh kaum Isteri, lakukan setiap hari, maka para suami akan merasakan kelazatan melebihi dari biasa, sudah pasti tidak mencari 'makan luar'.

Selamat beramal petua orang2 Melayu dari Kerabat DiRaja , Panglima dan orang2 Besar Melayu dahulu-kala. Jauhilah dari menggunkan ubatan/dadah kerana kesan sampingan yang utama ialah masalah buah pinggang.