Khamis, 23 Februari 2012

Amalan Awal Pagi

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Ini adalah Amalan Seharian saya secara peribadi, apabila sedar dari tidur.

Membaca Kalimah

Subhanallah
Walhamdulillah
Walailahaillallah
Wallah HuAkbar
Walahaulawala Quwwata Illa Billah 'aliyin 'Azhimm

Berselawat sambil 'penaik' wajah dan menepuk2 sehingga muka terasa sedikit hangat.
Lakukan sedikit senaman seperti Senaman Kucing/Harimau, Jelunjur Tuju, Menumbuk perlahan belakang dari belikat sehingga ke pinggang menggunakan belakang tapak tangan.
Urut2kan bermula dari peha sehingga ketapak kaki dengan menggunakan sebelah lagi tapak kaki, mulakan kaki kanan dahulu sambil berselawat ataupun membaca Ya Haiyyu Ya Qoiyyum
Kemudian duduk seperti bertasyahud, membongkok memegang ibu jari kaki dan akhirnya lakukan senaman Pelipat 7 anggota.

Setelah selesai, rihat sekadar seketika baharulah berwuduk atau mandi untuk mendirikan Solat Subuh.

Jika melakukan pada awal hari ahad, setelah selesai Solat Subuh, jika mahu, baca lah Bismillah 313 X sehingga matahari terbit, bagi sesiapa yang berhajat apa2.

Wallah hu'alam

Tiada ulasan: