Rabu, 27 November 2013

Hendak Seribu Daya, Tidak Seribu Dalih

Dengan Nama NYA Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Salawat Dan Salam Ketas Baginda SAW , Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.

Tahun 70an, ketiga masih bersekolah, saya bermula mempelajari Silat Kuntau di Ulu Kinta, Perak dengan Pengeras RM5.25sen , jika di bandingkan sekarang barangkali melebihi RM50.00.

Ada ketika berguru dengan Guru Tua Silat Lintau (Arwah) berbasikal daripada Ulu Kinta melalui Tanjung Rambutan hanya berbasikal bersama seorang kawan ke Kampung Kepayang dan Chepor , belajar berlapikkan tanah dan juga simen.

Bayangkanlah jika dijatuhkan atau dilambung, betapa sakit, tetapi itulah mengajar sabar menahan sakit dan pada masa yang sama ketahanan tubuh badan dan fikiran.

Jika memberi buah, betul2 seperti mengadap lawan, sebabnya jika betul betul berhadapan dengan musuh, itulah yang menunggu, tiada belas kasihan.

Sekarang ini, belum tentu ada anak muda segagah begitu dan kesabaran tertinggi, bagaimana mahu belajar Silat, belumpun bermula sudah memberi pelbagai alasan.

Ujiannya, Guru tidak sesekali akan memberi apa apa ilmu dengan orang seperti ini, mahu menjadi hebat tetapi pelbagai alasan diberi.

Jalan sudah dibuka, tetapi tidak tahu merebut peluang, alasan demi alasan, tangguh demi tangguh, orang seperti ini tidak layak diberi Ilmu2 Rahsia, bahkan Ilmu Kebatinan.

Labu tinggal labu, membusuk menyerang bau, langkah patah, mata terbuta, hati tertutup, Ilmu hilang seperti angin , tinggal nama jika bernama.

Ujian sudah terbentang, gagal beratap langit, berlantai bumi.

Melayu bukan Melayu, jadi hamba di Tanah Air sendiri.

Wallahualam

Jumaat, 1 November 2013

Petua Arwah Nenek Penyeri Muka.

Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Segala Pujian Hanya Bagi DIA , Tiada Sesuatupun Menyamai NYA, Dan DIA lah Maha Esa Lagi berdiri Dengan Sendiri.

Wah Dah Niah.

Salawat Dan Salam Ke Atas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.

Arwah nenek dahulunya mahir membuat perubatan dari akar kayu, sehingga umur 90 tahun ++ masih gagah merentas dusun dan memnuat kerja2 rumah.

Arwah memberi petua dimana sebaik sahaja bangun tidur, mahulah menepuk nepuk muka dengan kadar perlahan dan lembut sambil berselawat sehingga terasa panas, maka berehat seketika baharulah mandi atau berwuduk untuk Solat Subuh.

Lagi satu petua beliau ialah sebaik bangun tidur, luruskan kaki dan menumbuk bermula dari pinggang sehingga keatas belikat setakat yang mampu, bagi melancarkan perjalanan darah.

Jika selesai mandi atau berwuduk, biarkan sahaja muka basah dengan air main atau wuduk, jangan di kering atau di lapkan.

Mudah sahaja petua ini.