Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Segala Pujian Hanya Bagi DIA , Tiada Sesuatupun Menyamai NYA, Dan DIA lah Maha Esa Lagi berdiri Dengan Sendiri.
Wah Dah Niah.
Salawat Dan Salam Ke Atas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.
Arwah nenek dahulunya mahir membuat perubatan dari akar kayu, sehingga umur 90 tahun ++ masih gagah merentas dusun dan memnuat kerja2 rumah.
Arwah memberi petua dimana sebaik sahaja bangun tidur, mahulah menepuk nepuk muka dengan kadar perlahan dan lembut sambil berselawat sehingga terasa panas, maka berehat seketika baharulah mandi atau berwuduk untuk Solat Subuh.
Lagi satu petua beliau ialah sebaik bangun tidur, luruskan kaki dan menumbuk bermula dari pinggang sehingga keatas belikat setakat yang mampu, bagi melancarkan perjalanan darah.
Jika selesai mandi atau berwuduk, biarkan sahaja muka basah dengan air main atau wuduk, jangan di kering atau di lapkan.
Mudah sahaja petua ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan