Selasa, 31 Mei 2011

Pendinding Basmallah, Ayatul Qursi


PENDINDING BASMALLAH


Ini ADalah amalan dari Syekh Muhammad

Sedekahkan Al Fatihah sekali kepada Rasulullah dengan bacaan seperti ini

Ilahadhrati saiyyidina wasyafi’ena Muhammaddin Sallallahhu ‘alaihi wasallam.....Al Fatihah

Sedekah Al Fatihah sekali kepada Ahlul Naubah seperti berikut

Waila hadhrati jami’e ahlinnaubati min auliya i ta’ala qoddasallahhu asra rahum al fatihah

Bismillah.....41X

Waila hadhrati jami ‘e  ahlinnaubati fiHazihillailati minal malaikati ‘alaihimussolatu wassalam al fatihah

Bismillah....41X

DoaNya ialah

Ya Allah Ya Rabbi
Jadikan sekelian mereka* itu memelihara dan menolong ku dan ahliku serta harta ku

*Para Malaikat

Salawat keatas Baginda Rasulullah sekali

Tammat.

AYAT PENYEMBUH

Ayat ini adalah penyembuh serba guna, turun temurun diamalkan oleh orang2 Pondok dan Ulama. Ada yang menggelarkan Ayat Khidhir digunakan untuk demam ringan atau berat, kerasukan, gangguan dan sakit2 ringan yang lain. Ianya dibaca pada air masak/air panas mati dan lebih afdal air zam zam, dan diminum.

BISMILLAH

AL FATIHAH...............................1X
AYATUL QURSI..........................1X
AL IKHLAS..................................1X

WA-NU-NAZZILU-MINAL-QUR-ANIL-MA-HUWA-SYIFA-UN-WA-RAH-MATUN-LIL-MUK-MI-NIN

LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH

YA LATHIF
YA WAHHAB
YA QOWIYYU
YA MATIN
ALLAHHUMMA SOLLI WASSALLIM ‘ALA SAIYYIDINA MUHAMMADDIN BI’ADI-DI MA’ LUMIN –LAK

WASSALAMU ‘ALAIKA AIYYUHAN-NABIYYUWARAHMATULLAH HIWABA ROKATUH
BISMILLAHHI MASYA ALLAH HU LA YASU QUL KHOI RO ILALLAH HU
BISMILLAHHI MASYA ALLAHHU LA YASH RIFUS-SU A ILALLAHHU
BISMILLAHHI MASYA ALLAHHU MAKANA MIN NIQ’ MATIN FAMINALLAHHI
BISMILLAHHI MASYA ALLAHHU  LA YAK TIBIL HASANATI ILALLAHU
BISMILLAHHI MASYA ALLAHHU LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ‘ALIYIL AZHIIMM.

Bacakan diair tersebut dan diberi minum dengan basmallh dan shalawat

Bismillahhi masyaallahhu......sehingga habis adalah juga Isim Khidir dan Ilyas, adalah isim penjaga diri menurut Sahabat Nabi Ibnu Abbas ra.

Wallahualam

AYATUL QURSI-RAHSIA

Ayatul Qursi mempunyai 93 nama2 yang lain, sebahagaian ialah A’zamul Ayat, Ayatul Fat-hi, Ayatunnafi’ah, Ayatul Hafizhah, Penghulu Ayat diturunkan berserta dengan 40,000 malaikat, pada Surah ke 2, Juz ke 2, ayat ke 225, mempunyai 50 kalimah, 180 huruf dan 8 ayat mempunyai khadam bernama Saiyyidina Khandiyas bergelar juga Saiyyidina ayatul Quran.

Jika dibaca mengikut jumlah kalimah atau huruf disertakan dengan Doa Ayatul Qursi, maka Insyallah bermacam2 hajat dipenuhi. Semasa saya menginginkan rahsia Ayatul Qursi, inilah amalan saya terus menerus sehingga mendapat rahsia kegunaan yang tiada terdapat didalam mana2 kitab , malahan amalan yang amat mujarab didalam Ilmu Kebatinan melawan Sihir2.

Sebelum membaca Ayatul Qursi, bacakan dahulu Kepala Qursi seperti didalam Tahlil2 biasa. Dibawah ini, adalah Doa Ayatul Qursi.




Ayat Tujuh, Ayat Lima , Ayat Satu



AYAT TUJUH

Kafiat tujuh ayat didalam Quran adalah salah satu pendinding yang paling afdal lagi ampuh, bahkan ianya adalah ayat digunakan apabila bertempur dengan Kafirin oleh pejuang2 Islam/Melayu dizaman jajahan penjajah Inggeris. Dipercayai, ayat ini adalah warisan Tok Janggut, Mat Kilau , Dato Bahaman yang mendapatkannya dari Tokku Paloh.

1- Ayat 51 Surah Taubah
2-Ayat 107 Surah Yunus
3-Ayat 6 Surah Hud
4-Ayat 56 Surah Hud
5- Ayat 60 Surah Ankabut
6-Ayat 2 Surah Fatir
7-Ayat 38 Surah Azzumar

Semua ayat2 diatas diwiridkan selepas Solat Subuh dan Solat Margrib. Menurut yang menurunkan ilmu ini, jika kita sekalipun dikepung musuh keliling, dengan Izin NYA, kita pasti akan terlepas juga dengan kepungan ini, sama seperti Ayat Yasin...Wajaalna...............

A) Kegunaannya, jika berhadapan dengan musuh/penjahat bersenjata tajam atau senjata api, bacakan ayat2 ini, dihembuskan kemuka dan dihentak tumid dengan kuat kebumi (Pasung bumi), maka jika musuh/penjahat sedang menyerang, maka dia akan kaku berdiri selagi tidak diangkat tumid kita, ataupun jika penjahat menembak, senjata tidak akan meletup.

Ada juga dikalangan mereka yang menggunkan ini, jika musuh sudah kaku, jika dipegang senjata tajam seperti parang/pisau contohnya, maka senjata itu akan patah dan terlepas dari tangan penjahat/musuh.

B) Diamalkan 40  hari berturut2 sebanyak 7 kali selepas Solat Lima Waktu, maka dia akan mendapat kekuatan kebatinan. Mereka yang pernah mengamalkan lebih maklum dengan Ayat 7 ini terutama yang mengamalkan Silat Kebatinan.

C)Dibacakan kepada mangsa hysteria/kerasukan dan dihembus kemuka , dan lebih baik dibacakan bersama sama dengan Surah Al An’am ayat 1 hingga 3, menurut pengalaman saya, sebelum saya sampai untuk mengubat mangsa kerasukan, selalunya mangsa sudah didapati pulih sedia kala, maka kerja lebih mudah, Cuma kita pasangkan pendinding kepada mangsa2 ini, terutamanya dari kaum Wanita. Begitu juga kepada yang selalu ‘Naik Syeh’ , kita bacakan ayat2 ini, dan ditepuk kebelakang tengkuk, maka jika sudah kembali normal, maka dibacakan ayat 7 ini bersama2 Ayatul Qursi , dikunci tujuh anggota sendi supaya ’syeh’nya tidak dapat masuk balik. Perkara ini selalu berlaku kepada anak2 murid yang suka mengamalkan Silat Kebatinan tanpa pengawasan Guru atau murid lama yang sudah mahir.

D) Untuk melepaskan diri daripada kesusahan seperti buatan orang atau permainan orang yang mendengki (percubaan orang untuk menguji Kebatinan kita) , maka hendaklah dibaca 7 hari berturut2 ketika tengahari 7 kali, ketika tengahmalam 7 kali. Berhati2 supaya waktu untuk melakukannya jangan mengikut waktu jam kerana mungkin bersalahan, maka hendaklah melihat matahari betul2 diatas kepala. Begitu juga jika mahukan perbuatan musuh berbalik kepada mereka, maka amalannya ialah membaca 7 kali apabila matahari terbenam selama 7 hari berturut2 , jika masih lagi ada gangguan, diamalkan 7 hari, 21 hari, 40 hari....Insyallah, selalunya tidak sampai 40 hari, musuh akan mengalah, boleh juga ditambah dengan ayat ini..


Bismillahhirrohmanirrohim

WA-ILALLAH-HI-TUR-JA-‘UL-UMUR..........................21x

YAZAL-JALALIWAL-IKRAM......................................21x

E) Jika ditambahkan lagi dengan lima Ayat ini yang juga digelar Ayat Nashr, maka mereka2 yang terdiri daripada bomoh/dukun/pawing , permainan mereka akan pulang balik kepada mereka. Ayat2 ini adalah:

1-Ayat 246 Surah Al Baqarah
2- Ayat 181 Surah Ali Imran
3- Ayat 77 Surah Annisak
4- Ayat 77 Surah Al Maidah
5- Ayat 16 Surah Ar-Ra’du

Tambahkan lagi dengan Ayat Seribu Guna yaitu:

Wal yatalath taf wala yus’eran nabikum ahada.....40X
(Ayat 19 Suratul Kahfi)

Insyallah, tumpul permainan mereka itu, walaubagaimanapun, perkuatkan pendinding diri, keluarga dan seisi rumah dengan amalan2 pendinding dahulu.

Ayat Lima ini ada beberapa kegunaan lagi, terutama untuk perubatan, pendinding dan murah rezeki.

AYAT SATU

ROBBUNA WAROBBUKUM LANA AQ’  MALUNA WALAKUM AQ’ MALUKUM LAA HUJJATA BAINANA WABAINAKUM ALLAHHU YAJMA ‘U BAINANA WAILAIHIL MA SHIR
(Ayat 15 Suratusy syura)

1- Bacakan ayat ini untuk melepaskan diri dari binatang buas/anjing dll juga musuh/penjahat dan penganiayaan manusia dengan membaca ayat ini dan dihembuskan

2- Dibaca setiap lepas Solat ayat ini dengan memakrifatkan seolah2 ada satu tembok besi meliputi kita dan orang yang mempunyai dendam dan niat buruk terhadap kita, maka jika kita bertembung dengan mereka, Insyallah, mereka tidak akan dapat melihat kita, begitu juga , jika mereka berjumpa bomoh ingin melakukan keburukan keatas kita sekeluarga, maka Insyallah bomoh dan khadamnya tidak akan dapat menjumpai kita untuk melakukan khianat. Terlebih afdal dan ampuh jika diamalkan dengan AYAT TUJUH DAN AYAT LIMA.

3- Lagi satu kegunaan, jika tiba2 bertembung musuh ditengah jalan, maka hendaklah dengan cepat kita menyorok disebalik lalang atau pokok atau apa sahaja, dengan membaca ayat ini sebanyak2 serta makrifatkan musuh buta mata tidak dapat melihat, ini sebagai kegunaan untuk melepaskan diri sehingga musuh telah meninggalkan tempat. Ayat ini selalu digunakan pada masa dahulu, ada yang memanggil ayat disebalik lalang. Wallahualam




Khamis, 26 Mei 2011

Ayat Seribu Guna (A)


AYAT SERIBU GUNA(A)
===============

WAL YATALATH-TAF-WALA-YUS ‘ERAN NABIKUM AHADA

Surah Al Kahfi Ayat 19

Bermaksud:
Dan hendaklah dia bersikap lemah lembut dan janganlah diberitahunya halmu kepada sesiapapun

QULLAN YUSIY-BANA ILLA MAKATAB......

Surah At Taubah Ayat 51

Bermaksud:

Katakanlah sesekali tidak akan menimpa kami melainkan yang telah ditetapkan........

Nota: Rujukan ayat2 amalan didalam Al Quran

Khamis, 19 Mei 2011

Ayat Besi-Al Hadid














Surah Al Hadid dari Basmallah ke ayat Wahuwa'alimun bizatis-sudur......




AYAT BESI – AL HADID
++++++++++++++++++

Sebelum saya memberitahu khasiat ayat dari Surah Al-Hadid ini, terlebih dahulu saya sampaikan keajaiban Mukjizat Kalamullah. Al Hadid didalam bahasa Melayu ialah bermaksud besi , tetapi kemukjizat Kalamullah hanya dapat difahami hanyasanya dengan bahasa asal manusia, Arab.

Fakta paling menarik ialah jumlah kiraan huruf didalam bahasa arab adalah bersamaan dengan jumlah atom susunan besi/iron/ferum didalam skala jadual susunan atom didalam ilmu fizik. Apakah kebetulan atau inilah bukti Al Quran adalah Kalamullah dari Pencipta segala galanya. Inilah satu contoh ilmu Hakikat yang dimaksudkan, Cuma dari satu sudut yang berlainan.

Ayat ini apabila ditulis pada satu kain puteh, jika dibuat azimat, dapat menjadikan tubuh badan kebal dan tidak terluka daripada serangan senjata yang diperbuat daripada besi/logam.

Cara menulisnya adalah seperti berikut, ditulis dengan dakwat yang diperbuat dengan saffron atau kunyit diatas sehelai kain puteh. Apabila menulis , pastikan semua huruf adalah sangat jelas dan tepat, setelah selesai balutkan kain tersebut dengan bahan kalis air. Kalau dahulunya , kita salutkan dengan air timah dan lilit, sekarang boleh dibalutkan dengan plastik sahaja.

Satu lagi kegunaannya ialah untuk mengubat demam panas, caranya sama, tuliskan pada kain puteh dan disatungkan kepada leher orang yang sakit demam itu. Lagi satu caranya ialah tuliskan didalam pinggan puteh dengan air kunyit, setelah siap dibuat air minuman, Insyallah sembuhlah dengan izinNya.

Bagi sakit mata pula, baca ayat tersebut dan diludahkan pada jari telunjuk dan disapukan pada mata.


Isnin, 16 Mei 2011

Ayat Ayat dari Kalamullah

Salam kepada semua pembaca Blog Ilmu Kebatinan Melayu, saya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa ayat dan amalan dari Al Quran untuk di Scan dan dimasukkan kedalam Blog ini, dan ini mengambil masa yang agak banyak.

Sebagai pendahuluan, ada beberapa ayat untuk Pedang yakni LAKUM DINUKUM WALIYADIN adalah dari surah Al Kafirun yang bermakna......untuk mu ugama mu, untuk ku ugama ku..........

Ayat QULLAN YUSIY BANA ILLA MAKATAB bermakna.......tiada sesuatupun yang menimpa keatas kami......

TASKARALAKOM DINALLAH..bermaksud....bersyukurlah kamu dengan agama ALLAH

Rabu, 11 Mei 2011

Awet Muda -Perempuan

  1. Saya semasa ramaja dahulu bukan sahaja mempelajari ilmu2 kebatinan dengan Guru3 lelaki, tetapi juga mendapat sebanyak ilmu kebidanan dari bidan2 tua di Kedah dan Perak, kebetulan Opah saya adalah bidan dan pakar ubat2 akar kayu dan ubatan perempuan selepas mengandung. Ibu saya salah seorang yang menggunakan perubatan Allahyarharmah Oph saya. Sehinnga sekarang, ibu saya walaupun hampir2 berumur 80, masih sihat dan tiada penyakit, Alhamdulillah
  2. Salah satu petua yang boleh digunakan oleh kaum Wanita malahan lelaki untuk wajah berseri diwaktu pagi ialah apabila bangun dari tidur hendaklah mengurut2 muka bermula daro dagu terus naik keatas didalam satu arah sahaja, sambil membaca salawat nabi
  3. Lakukan sehingga muka menjadi hangat dan merah, insyallah, wajah kita berseri lantaran urutan begini
  4. Satu lagi petua khas untuk wanita untuk awet muda ialah, apabila mandi pada waktu terakhir membersihkan badan, hendaklah duduk mencangkung sambil merapatkan kedua2 belah paha supaya terdapat ait mandian bertakung dikedua2 belah paha , maka air itu diambil lalu dibasuhkan kemuka dan jangan dilapkan, biarkan kering sendiri. Pantangnya ialah, jangan dilakukan semasa badan haid, itu sahaja. Jangan lupa , berselawat sebagai berkat
  5. wassalam

Selasa, 10 Mei 2011

Membesarkan Kelakian

  • Ada yang bertanyakan saya , petua2 untuk orang lelaki didalam email saya, maka diatas permintaan seseorang, saya tutunkan satu petua orang tua untuk besarkan dan keraskan kelakian. Petua ini diamalkan oleh orang dahulu kala dikalangan pembesar dan Raja2. Saya secara peribadi ada menggunakannya untuk menguatkan sahaja, maka bolehlah sesiapa menggunakannya.
  • Pertamanya carilah anak pokok lengkuas yang masih kecil, masih berupa umbut belum berdaun
  • Umbut ini dihancurkan lalu dibubuhkan didalam kain dan dibungkus pada Alat Kelakian lelaki, dibiarkan perap beberapa minit
  • Insyallah, didalam beberapa minggu sekurang-kurangnya alat kelakian menjadi lebih keras 
  • Satu lagi petua yang diamalkan saya untuk bertahan lama ialah, semasa bangun pagi atau bila2 masa bilamana alat kelakian menegang, maka digosok2kan kepala alat kelakian pada tapak kaki kiri untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa terlampau sensitif, maka apabila bersama2 Isteri, insyallah, lambatlah orgasm........
  • Satu lagi petua bagi para suami yang cepat mengalah sebelum isteri, maka semasa bersama2 isteri mendayung , maka hendaklah membaca Asmaul Husna ini sebanyak2nya sehingga isteri terlebih dahulu orgasm, yaitu  Ya Mughni Ya Ngro-ni. Amalan ini saya senantiasa menggunakan dan hasilnya, saya senantiasa Menang....................
  • Insyallah, petua2 diatas boleh diamalkan sesiapa kerana terbukti berkesan
  • salam

Selasa, 3 Mei 2011

Ilmu Hakikat

Beberapa kali didalam Blog saya, perkataan Ilmu Hakikat agak kerap saya luahkan. Tetapi apakah Ilmu Hakikat itu, Ilmu hakikat dari sudut Tarekat lain gaya, Ilmu hakikat dari segi Ilmu Persilatan/Kebatina Melayu lain pula caranya. Mudahnya ialah beberapa contoh seperti:-

a) Jumlah huruf didalam Dua Kalimah Syahadah adalah 24 huruf, maka pendapat beberapa Ulama Sufi, 24 jam kita seharusnya mengingati Allah dan Rasul melalui menurus segala perintahNya dan menjauhi semua laranganNya, sepanjang masa dan saat, namun bagaimanakah semasa kita sedang lena tidur, maka pendapat Imam Nawawi dalam syarahnya, sebelum tidur kita melakukan Sunnah Rasulullah SAW dengan membaca Doa , Salawat atau Amalan seperti membaca 3 Qul....itu seolah olah kita beribadat dengan Nya semasa tidur.

b) Ada 4 huruh dalam Kalimah Allah didalam bahasa Qur'an yakni Alif Lam Lam Ha'.........bersamaan dengan Ilmu Usuluddin seperti Zat Allah, Sifat Allah,Asma' Allah, Feel Allah..........Ini adalah sifat Ketuhanan.

c) Ada 4 huruf dalam Kalimah Muhammad yakni Mim, Ha', Mim, Dal........sama seperti Tanah, Air, Api dan Angin, selain dari empat unsur alam diatas, tidak ada lagi istilah atau penerangan mengenai alam secara umum melainkan empat unsur diatas

Secara Batinnya, Kalimah Alif ,Lam,, Lam Ha mencakupi keseluruhan sesuatu yang tidak tercapai tetapi dapat dirasai Hati dan Akal, seperti contohnya alam semesta (universe/multi verse)yang tiada bertepi dikaitkan dengan sifat Allah Yang Maha Besar (Infiniti) yaitu, sekiranya alam ini yang sebegitu luas dan besar, sudah tentulah Zat Allah lagi Maha Besar yang bersifat Maha mengurus pentabiran alam yang diluar akal manusia, maka nama bagi Zat yang mentadbir alam ini ialah Maha Pentadbir, perjalanan urusan ini adalah perbuatanNya yang mentadbir alam keseluruhan.

Sebegitu juga apabila para Sufi atau dengan lebih mudah para pengamal Ilmu Hakikat apabila berhadapan dengan musuh yang lebih besar dari nya, maka mereka akan bermakrifatkan dengan memohon pertolongan Allah dengan sifat Allahuakbar, yakni Allah lebih besar dari musuh (Hantu Rayake/Bajang ke )malah lebih besar dari Bumi ini, malahan lebih besar daripada seluruh Alam Semesta, maka dengan bersandarkan sifat Allahuakbar , jin syaitan menjadi tersangat kecil dan halus pada pandangan Ahli Hakikat kerana mereka sudah memakrifatkan tubuh badan dan Ruhani sebesar bumi ini, seolah2 kita berhadapan dengan semut yang kecil, maka dengan mudah kita memusnahkna musuh kita. Saya harap, penerangan mudah ini dapat difahami oleh pembaca.

d) Ilmu hakikat pada pandangan Orang Ilmu Kebatinan ialah, semua kejadian adalah daripada unsur yang sama , yakni semuanya daripada zarah termasuk tubuh badan kita dan peluru sebagai contohnya, maka apabila berhadapan dengan musuh bersenjata pistol, maka pada pandangan Ahli Hakikat ini, peluru dan kulit adalah daripada unsur yang sama yakni zarah2 (Atom/molekul pada istilah sains) , maka dengan ucapan tertentu atau amalan dan doa khusus tertentu, maka peluru tersebut menjadi selembut kulit, maka apabila ditembak, maka ianya tidak dapat mencederakan badan kita kerana telah diMakrifatkan sedemikian rupa oleh Ahli Hakikat. Atau sebaliknya, kulit tubuh badan akan dimakrifatkan menjadi besi waja dan sebagainya. Harap Faham sekelian pembaca.

Istilah yang selalu difahami Ahli Hakikat ialah kau adalah aku, aku adalah kau, secara mudah difahami ialah kita bernafas pada udara yang sama yang memasuki hidung kita seolah2 pernafasan kita adalah serupa dengan orang lain. Mustahil manusia lain mempunyai udara pernafasan yang lain. Manakala, kejadian tubuh badan semua kita adalah berasal pada unsur yang sama yakni Tanah, Air, Api dan Angin.Pandangan Ahli Hakikat seperti berikut:-

Tanah..........Molekul yang membentuk badan kasar kita terdiri daripada unsur  zat tanah.Semua makanan yang kita makan adalah daripada tanah asalnya, sayuran, daging , ikan dan sebagainya

Air........segala bentuk cairan badan samada beralkali atau berasid memerlukan kewujudan air sebagai pemangkin

Api.....tenaga yang kita dapati daripada makanan dan minuman mahupun pernafasan bersifat tersembunyi tapi dapat dibuktikan dengan haba tubuh badan. Mayat tiada tenaga atau sudah tidak aktif lantaran Ruh telah keluar, menjadi sejuk kerana tiada lagi aktiviti penukaran tenaga pada tubuh yang telah mati

Angin.........segala gas/udara yang kita sedut semasa pernafasan dan sebagainya

Maka, jika kita kaji sedalam2nya, sememangnya 4 unsur ini secara umum membentuk tubuh kasar manusia, bagaimana dengan tubuh batin kita, maka Kalimah Allah akan merungkaikan batin manusia. 

Sambung dimasa hadapan, Insyallah......