Jumaat, 5 Ogos 2011

Sinar Islam-Tanda Amalan Sudah Sebati


Salam Ramadhan untuk semua pembaca, untuk bulan ini saya memberi beberapa petua amalan dan tanda-tanda Keserasian dan petanda amalan sudah 'Menjadi' atau Sebati.

Pada mulanya, saya mempelajari Sinar Islam, Guru tiada memberi apa2 petua atau rahsia yang boleh membuat amalan kita semakin cepat keserasian dan menjadi. Petua ini saya dapati dari Arwah Guru Tarikat saya, Al Marhum Uztaz Syamsuddin yang mana beliau memberi petua supaya setiap amalan atau perbuatan yang mendatangkan kebaikan termasuk amalan Silat Kebatinan, ialah setiap kali beramal supaya fikiran dan hati tidak selain daripada ALLAH. Ini bukan satu perkara yang mudah, tetapi apabila setiap murid yang mempunyai niat ikhlas dan baik, maka akan terdapat dorongan mudah mendapat rahsia ini. 

Semasa permulaan amalan, hendaklah fikiran dikosongkan mengingati selain ALLAH manakala hati sentiasa menyebut Kalimah2 mengikut amalan zikir tertentu yang telah ditetapkan. Walaupun bukan mudah pada permulaan latihan, lama kelamaan pasti akan dibantu NYA bergantung kepada niat masing2.

Semasa saya mengamalkan petua ini, apa yang saya lakukan ialah fikiran hanya mengingati ALLAH semata2, kosong dari segala urusan dunia dan masalah, manakala hati berzikir Kalimah Ya Haiyyu Ya Qoiyyum tanpa henti henti  sambil mengiktikaqkan bahawa hanya DIA sahaja yang WUJUD dan menggerakkan sesuatu mengikut KalimahNYA LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH 'ALIYIL 'AZHIIM............

Pada peringkat seterusnya setelah berjaya mengawal fikiran dan hati, maka latihan selanjutnya ialah berzikir mengikut amalan2 zikir yang telah ditetapkan dan bermaqrifat saolah olah seluruh tubuh badan, urat saraf, daging dan tulang, otak, sel2 dan keseluruhan tubuh kasar/zahir turut bersama sama berzikir senada dan serentak dengan hati, jika berjaya melakukan ini, maka bermakna amalan kita telah mujarab, menjadi dan serasi dan tanda2nya ialah semasa beramal, seluruh tubuh badan sangat berkuasa dan bertenaga, maka itulah yang boleh membuatkan melakukan lompatan2 setinggi pokok kelapa, tendangan yang boleh mematahkan dahan dan sebagainya, kerana zahir dan batin dipenuhi kekuatan zikir2 tertentu, manakala fikiran kita hanya mengingati ALLAH.

Walaupun amalan ini bukan mudah, justru memerlukan pengawasan Guru terus bagi membantu anak murid berjaya melakukan petua ini. Lagi satu tanda yang ketara ialah, apabila seseorang murid yang telah berjaya beramal, pergerakan permainan Silat mendatangkan bunyi degungan yang boleh didengar oleh orang sekeliling, manakala tubuh badan akan mengeluarkan cahaya kebiru-biruan yang dapat dilihat oleh sesiapa walaupun bukan anak murid Sinar Islam. Nikmat ini jarang sekali didapati oleh semua murid2 kecuali beberapa sahaja. Jika beramal ditempat yang amat gelap, maka tempat tersebut akan bercahaya kebiru-biruan sekadar dapat melihat seperti waktu senja-malam.

Justru, niat untuk mempelajari sesuatu Silat hendaklah ikhlas dan semata2 kerana DIA, RASUL dan AGAMA. Zikir2 yang selalu diamalkan ialah YA ALLAH, YA HAIYYU YA QOIYYUM, YA 'AZIZ, YA QAHHAR, YA JABBAR, YA ZAL JALALIWAL IKRAM DLL.


Insyallah, selepas Ramadhan, mungkin saya meneruskan Bab Bab selanjutnya didalam Permainan Silat Sinar Islam

Ada beberapa eMail bertanyakan petua resdung, secara mudah ialah setiap kali mengambil wuduk, masukkan sedikit air kedalam hidung dan dihembuskan kuat2. Satu lagi petua ialah membakar kunyit kering dan menghidu asapnya.

Wallahualam

3 ulasan:

tok gajah berkata...

asalamualaikum tuan..boleh kahh sy bergurukn dgn tuan hamba ?

Unknown berkata...

Salam...bolehkah saya copy-paste beberapa ilmu yg sy minat utk diletak kat blog peribadi saya dengan link ke blog tok ayah? pls...

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam Alam Misteri

Silakan, tetapi hanya sebagai perkongsian Ilmu Warisan Bangsa Melayu, dan jika boleh sila link kan Blog saudara dgn saya supaya masing2 kita boleh berkongsi pengalaman, Insyallah.

Salam Tok Gajah

Saya memohon maaf, kerana tiada masa terluang untuk mengajar sesiapapun, itulah sebabnya saya menulis di dalam blog. Saudara boleh mengambil mana2 amalan yg berlandaskan Ayat2 Quran terutama Ayat Seribu Guna.....