Selasa, 22 November 2011

Petua-Bangun Pagi

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Kepada ALLAH Sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA

Ini adalah Petua Petua setelah bangun dari tidur, sebelumnya membersihkan diri , maka hendaklah melakukan beberapa langkah yakni:-

1. Setelah sedar dari tidur, janganlah berangan2 kosong, hendaklah terus bangun dengan menjelunjurkan kaki terus menepuk-nepuk muka sambil berselawat Nabi SAW, sehingga muka menjadi panas. Teruskan mengurut-urut bermula dari dagu terus ke ubun2 dengan membaca seperti ini.........

Assalamu'alaikum Ya Nur Muhammad, Nur Kecantikkan Meliputi Wajahku, Nur Azali Menyerap kedalam Wajahku, Nur Segala Nur Menghiasi Akan Jamil-ku.

Setelah melakukan beberapa kali (tanpa hitungan yg tetap, ikut kerajinan masing2), maka terus panaskan kedua2 tapak tangan dan urutkan kedua2 belah mata, bermula dari arah dalam kearah tepi-mata dengan kepanasan tapak tangan tadi, sambil membaca Doa ini:-

Allahhumma 'afi-ni-Ba-sho-ri...bbrp kali.

Sesudah itu, mahulah ditepuk belakang tengkuk dengan perlahan-lahan dan terus diurut bermula pangkal leher terus kearah atas kepala. Seterusnya, mahulah ditumbuk2 belakang pinggang perlahan2, terus maju dengan menumbuk2 anak (perlahan2) dari atas bahu sehingga ke kedua2 belah siku terus ke belakang tapak tangan. Ianya disambung kembali bermula dengan kedua2 belah pinggang, tumbuk anak terus melalui paha, lutut, belakang lutut dan disudahi pada kedua2 belah tapak kaki.

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan masa, urutlah tujuh anggota sendi seperti belakang lutut, sSesiapa yang mengetahui Senaman Harimau atau Kucing, maka ianya adalah lebih afdal lagi. Jika tidak, senaman dan urutan ringan diatas adalah memadai untuk peredaran darah dan menambahkan Seri Wajah Pagi.

Wallhualam.

Nota. Sambung dimasa akan datang, Insyallah.

2 ulasan:

al-manfaruti berkata...

salam tuan, jalan-jalan singgah sekejap ke blog tuan, bagus amalan di blog tuan, amalan orang-orang dahulu yang makin luput. Genarasi sekarang kurang mengambil tahu petua-petua orang dahulu.

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam Al-Manfaruti

Terima Kaseh, inilah tujuan sebenar saya, memperkenalkan dan mempertengahkan warisan2 bangsa Melayu yg amat Kaya kepada generasi muda dan org2 Melayu yg terlebih mengagungkan warisan bangsa lain, sedangkan Melayu adalah satu Bangsa unik dgn warisan2 yg tidak terdapat selain didalam Nusantara Melayu sahaja.

Mohon, Tuan sudi berkongsi Ilmu2 dan Petua dgn saya dan bangsa kita yg semakin melupakan warisan2 nenek moyang sendiri......