Jumaat, 6 Julai 2012

Ketaatan Kepada Sultan dan Raja

Salam Sejahtera dan RahmatNYA keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, Pencipta Segala Sesuatu, Tiada Daya Dan Kuasa Melainkan Hanya Dengan IZINNYA...............

Pertamanya, saya memohon maaf kerana agak lama tidak mengemas-kini Blog ini, bagaimanapun saya ucapkan terima kaseh kerana masih ramai yang sudi membaca dan berkongsi pengalaman dan Ilmu.

Maka, saya juga bermohon, mana mana pihak yang ada sedikit sebanyak pengalaman dan Ilmu, berkongsilah dengan kami semua, kerana Ilmu Warisan Bangsa Melayu sangat luas dan tersembunyi

Agak banyak saya menerima email dari pelbagai pihak dan perseorangan, memohon bantuan, nasihat dan juga sedikit sebanyak ingin menuntut menjadi murid, justru bukanlah saya tidak sudi, malahan berbesar hati, sementelahan, kesibukan urusan rezeki yang kadang kala membuat saya kesuntukan masa untuk menumpu sepenuh untuk mendidik dan berkongsi pengetahuan.

Oleh itu, bermula saat ini, mana mana Ilmu Warisan yang boleh diamalkan , saya akan terterakan di kepala  tulisan dan seterusnya memberi Ijazah dan Keizinan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang Ikhlas dan Suci mengamalkan untuk pembelaan diri dan keluarga, Agama dan Bangsa. Pun begitu, saya larang sekeras kerasnya, menjatuhkan tangan keatas sesama Islam, tidak mengira bangsa dan kaum, malahan jauhkanlah diri dari puak2 yang bertopengkan Islam untuk mendapat keduniaan dan berlebih lebih berbaik baik dengan kaum kafir lebih daripada saudara seagama Islam.

Jika engkar, tiada menjadi kesusahan kerana amalan amalan tertentu tidak akan mujarab dan menjadi, kerana itulah 'tulah' mengamalkan Ilmu2NYA yang berlandaskan Aqidah dan Persaudaraan.

Itulah 'sumpah' setia para Panglima dan pendekar, bagaimana handal sekalipun, ramai yang kecundang dan terlentang apabila menderhaka kepada Sultan dan Raja, selagi Sultan dan Raja ,mengucap Dua Kalimah Syahadah dan tidak melarang Rakyat Mendirikan Solat dan Beribadah

Ketahuilah, Sultan dan Raja Nusantara dan Melayu adalah Ahlul Bait dan berdaulat, senantiasa ada disekelilingi oleh 'Para Hulubalang dan Panglima' Zahir dan Batin..................................

Jika ada masa dan kelapangan, mungkin saya akan menulis asal usul Sultan dan Raja, dimasa akan datang.

Taatlah Kepada DIA
Taatlah Kepada Baginda SAW
Taatlah Kepada IbuBapa
Taatlah Kepada Pemerintah, selagi boleh Solat dan Beribadah, tidak bersingkol melakukan maksiat dan khianat

Wallahualam

1 ulasan:

Nubuwuah berkata...

salam Tuan...

memang begitulah semestinya orang Melayu...mendaulatkan Raja dan Sultan... mungkin sumpah orang Melayu dahulu kala...yang kini Melayu sekarang semakin melupakannya...

sejarah membuktikan...mana-mana orang Melayu derhaka kepada Raja tanpa ada sebab munasabah akan dilanda musibah... sumpah jangan dilangkah bahaya jadinya...