Khamis, 18 Oktober 2012

Rahsia Basmallah Dan Fadhilat- Bah 2

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA
Maha Suci Dari Kelemahan Dan Kelemahan
Maha Besar DIA Dengan Segala Keagungan Dan Kemuliaan.

Di riwayatkan didalam kitab kitab manakib, bahawa ada seorang Sufi, kebiasaannya menulis Basmallah di tapak tangannya sehinggalah beliau wafat. Kebiasaan ini menjadi satu keramah dan fadhilat apabila memberi keberkatan dan pertolongan kepada manusia lain hanya dengan menyapu tapak tangan keatas manusia tersebut. Di katakan, setiap hari , beliau menulis Basmallah menggunakan jari tangan satu tangan yang lain ratusan ribu setiap hari, sambil mengwiridkan apa yang ditulis.

Pada kebiasaannya, ramai yang tidak tahu menulis Basmallah walaupun diatas kertas, malahan tidak menghafaz huruf Basmallah. Saya menasihati, lazimkan dan hafazkan menulis Basmallah diatas kertas yang bersih lagi suci sekurang kurangnya 21X, sehingga menjadi hafalan kuat didalam ingatan, maka jika sudah mahir, maka apabila ada keperluan terdesak dan berhajat, maka serta merta kita terus boleh menulis diatas kertas atau kain atau apa sahaja tempat yang bersih lagi suci.

Ada dua cara menulis, yakni secara umum ialah menulis seperti mana termaktub didalam Al Qur'an, manakala satu lagi caranya ialah menulis dengan huruf tidak disambung, yakni terputus antara satu sama lain. Kedua2nya mempunyai khasiat tertentu dan fadhilat yang berlainan.

a) Menulis Basmallah 21X dengan secara lazimnya diatas kertas putih dengan sebarang dakwat yang suci, maka dapat dibuat 'Pendinding Rumah' dari bencara, gangguan dan seumpamanya. Di tulis diatas empat (4) keping/helai kertas/kain putih dan di gantung/dilekatkan pada empat (4) penjuru rumah dan jika mempunyai kawasan rumah disekeliling, maka di gantung pada empat penjuru tanah.

b) Menulis Basmallah dengan huruf terputus putus, diatas pinggan putih bersih dari segala gambar dan hiasan (bukan jernih), dengan menggunakan campuran air bersih dan sedikit kunyit sebagai dakwat, manakala pena nya diperbuat menggunakan ranting  kayu yang diambil mengadap kiblat. Jika tidak dapat atau didalam kecemasan, cukuplah menggunakan jari telunjuk dan berdakwatkan air bersih, lalu menulis diatas pinggan tersebut. Setelah selesai, basuhkan dengan air bersih yang lain, buatkan minuman dan sapuan muka dan badan. Ini boleh digunakan sebagai penawar panas badan sederhana, gangguan syaitan dan sebagainya. Jumlah tulisan sekurang2nya 21X atau lebih asalkan berjumlah ganjil.

Wallahualam.

Tiada ulasan: