Jumaat, 3 Mei 2013

Kuasa Menentukan Arah Tuju Bangsa Melayu dan Islam

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih

Selawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Ahlul Bait Dan Isteri-Isteri Baginda SAW Dan Sahabat Sahabat Baginda.

Segala Pujian Hanya BagiNYA Sebagai Mana Selayaknya
Maha Suci DIA  dari Kelemahan dan Kekurangan Dan Tiada Sesuatupun Setara Dengan-NYA.
Maha Besar Dan Maha Agung TUHAN Sekelian Alam dengan segala KebesaranNYA, KemuliaanNYA dan KeagunganNYA.

Dengan Ini Saya, Guru Utama Semantan Puteh dan Sinar Islam, menyeru kepada semua umat Islam dan Melayu yang boleh mengundi supaya mengundi kepada pihak yang secara jelas dan terbukti berjasa kepada Umat Islam dan Umat Melayu walaupun tidak sempurna. Undilah pihak yang secara jelas dan konsisten pendirian dan perjuangan mereka untuk kedaulatan Raja Raja Melayu, Ketuanan Melayu dan Kuasa Umat Melayu di Tanah Melayu Ini.

Fitnah sangat dahsyat di kala kempen-kempen sehingga boleh merosakkan Aqidah dan Iman. Setiap kali berhujah dengan pihak tersebut, anak anak melayu berpendapat Kalimah ALLAH boleh di kongsi dengan semua manusia termasuk kafir, jutru itulah secara tegas jihad kita menolak golongan ini yang sangat bertentangan dengan Jumhur Ulama Ulama Muktabar Imam Mahzab empat mahzab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali, yang mana kesemua Ulama2 Muktabar dan Para Mujtahid dari ke empat empat Mahzab ini menolak pandangan golongan tersebut malahan menfatwa 'kufur' dan 'murtad' sekiranya tidak bertaubat nasuha.

Kita dari Sunnah Wal jamaah menolak golongan yang menjual Kalimah ALLAH , lagi lagilah ada pula yang memberi 'kebenaran' tidak salah digunakan di bible. Na'uzubillah minzalik.

Maka, saya menyeru para pembaca yang boleh mengundi agar mengundi pihak yang secara jelas dan konsisten berterusan menyokong Kedaulatan Raja Raja Melayu dan Bangsa Melayu, institusi Melayu, kepentingan Melayu dan Islam.

Seperti hujah Ustaz Kazim Elias di ceramah beliau.." orang yang kamu kafirkan secara berterusan membina pusat tahfiz, mendirikan masjid, kelas pengajian......"

Sebegitu juga seruan keras lagi tegas Ulama Ulama Pondok, Persatuan Ulama Malaysia, NGO NGO Islam, Imam2 Muda dan banyak pihak lagi termasuk Majlis Pendekar Malaysia yang mana kita bernaung..............

Pertemuan peribadi saya dengan Tan Sri Mahaguru Silat Lincah Omar Din juga menyatakan pendirian tersebut, malahan Grand Master, Master dari Seni Bela diri yang lain juga menolak pihak tersebut.

Undilah dengan bijak, jangan mudah menerima tohmahan dan janji yang tidak pernah terbukti selama ini, malahan kejadian salah guna kuasa dan rasuah lebih dahsyat berlaku di negeri2 tersebut, malahan secara halus telah menekan dan menganiayai Melayu hatta bangsa India juga.

Terbaik, lakukanlah Solat Istikarah mohon petunjuk NYA, pihak mana yang boleh membantu Islam dan Melayu.

Tanah Melayu adalah Pusat Kebangkitan Islam Dunia, menjadi pencetus kemarakan kebangkitan Islam, maka itulah musuh2 Islam sedaya upaya  ingin menghapuskan Islam di Malaysia.

Ingatlah, Malaysia adalah satu satu negara di dunia yang berani dan tegas menentang Israel, menghantar Tentera Melayu membantu umat Islam di Bosnia, Afganistan, Palestine, Filipina dan Algeria...........

Sekian Wallahualam.

Tiada ulasan: