Pendekar sokong Najib, PDRMOMARDIN menyampaikan jambangan bunga kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye pada sidang media Bantahan Demonstrasi Haram ‘Sayang Malaysia, Tanahairku’ di Melaka, kelmarin.
MELAKA TENGAH: Malam Pendekar Aman 1Malaysia yang menghimpunkan kira-kira 50,000 pendekar di Stadium Merdeka, pada 29 Mei ini akan menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Razak dan Polis Diraja Malaysia.

Peserta berbilang kaum dari seluruh negara akan berhimpun menzahirkan keyakinan dan iltizam terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.
Pengasas dan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju, berkata perhimpunan terbesar membabitkan pengamal seni mempertahankan diri itu juga bertujuan menzahirkan penentangan terhadap penganjuran BERSIH 3.0.


“Perhimpunan raksasa ini adalah untuk menyatakan sokongan padu kami kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri dan pasukan polis,” katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama polis serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Hotel Hang Tuah City, Bukit Baru, dekat sini, kelmarin.