Rabu, 16 April 2014

Petua Muka Bercahaya dan Berseri

Segala Pujian Hanya Bagi NYA, Tuhan Sekelian Seluruh Alam Semesta.
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW.

Saya memohon maaf dengan kesibukan perniagaan dan pekerjaan sehinggalah kehari ini (16 Apr 2014) ada sedikit kelapangan untuk berkongsi Petua 'orang lama'.

Pelbagai email diterima , cuma saya bermohon Ilmu tidak boleh dijual beli melalui email, hanya sedikit keizinan boleh di kongsi dengan apa yang sudah saya kongsikan di Blog ini.

Maaf, saya tidak boleh berkongsi beberapa Ilmu seolah olah rendahnya Ilmu Kebatinan Melayu dan Rahsianya boleh senang di pelajari hanya melalui email.

Ini ada satu petua untuk muka bercahaya berseri seri boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja bahkan sesuailah untuk suami isteri.

Semasa berguru , pernah suatu ketika Arwah Guru memberitahu bahawa barangsiapa yang rajin dan menjaga Solatnya dan memahami Sifat 20 akan sifat sifat wajib bagi NYA dan tiada terlintas di hati selain bahawa Tiada Tuhan Selain DIA, yakni ALLAH Yang Maha ESA , kata kata yang keluar dari mulut 'masin' atau istilah mudah mujarab.

Maka Petua mudahnya ialah selepas Solat Dhuha mahulah berbuat sebegini :-

Sambil mengusap wajah bermula dari dagu terus ke ubun ubun, mahulah membaca ungkapan ini tiga kali 

" ALLAH Maha Cahaya, ALLAH Maha Indah" 3 kali (3X)

Tiada pantang larang , sebagai tambahan lagi selepas berwuduk biarkan sahajalah air wuduk kering dengan sendiri.

Wallahhualam.


Ada pantun mantera orang melayu lama yang juga di amalkan oleh beberapa orang tua, tetapi ini sekadar berkongsi Ilmu Kebatinan Warisan Bangsa Melayu, jangan di amalkan, sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Ribu ribu lintang jalan
Anak buaya lentang tasek
Seribu orang berjalan
Aku seorang dipandang cantek.........


#Tidak boleh di amalkan#


Tiada ulasan: