Sabtu, 30 April 2011

Ayat Penenang Hati dan Kelegaan

Assalamualaikum

Ini adalah satu amalan para Ulama Muktabar dan Sufi jika hati kita tidak tenang dan didalam kegusaran. Walaupun amalan ini bukanlah termasuk didalam Ilmu Kebatina Melayu, namun ianya teramat penting kerana hati manusia selalu didalam keadaan resah gelisah walaupun dari seorang Pendekar Handalan. Selagi dinamakan manusia, selagi itulah hati berasa keluh kesah. 

Pengalaman saya jika diserang perasaan hati keluh gelisah tanpa diketahui ataupun menerima berita sedih, saya akan membaca ayat2 dan doa2 ini sebanyak banyak sehingga perasaan kembali tenang.

Jika menerima khabar buruk atau ditimpa bala bencana dan dugaan Tuhan Azza wajalla , maka perkataan yang patut disebut dahulu ialah:-

Inna lillah wa-inna i-laihi ri-ji-'un...

Sesungguhnya SEMUANYA datang dari ALLAH, maka SEMUANYA akan kembali kepada NYA

Saya tahu, ini adalah selalu digunakan apabila menerima kematian, sedangkan kegunaannya amat meluas dan mendalam didalam ilmu haq dan ilmu Hakikat, semua yang pernah menerima ajaran Sufi, faham akan maksud saya.

Sesudah menyebut Kalimah diatas, sebutlah Kalimah dibawah tanpa henti2 sehingga perasaan kembali tenang dan aman:

YA HAIY-YU YA QOIY-YUM
      BI-ROH-MA- TI-KA- AS-TA- NGRIST-  TSU
Huruf(Ba Ro  Mim ta kaf alif ta ngro tsa tsa)

Jumaat, 29 April 2011

Ayat Menguatkan Kelakian Lelaki

Ayat Menguatkan Kelakian

Saya ada menerima email meminta ayat dan amalan menguatkan kelakian, maka saya penuhi tuntutan untuk semua lelaki yang sudah berkahwin, yang belum  beristeri boleh amalkan kecuali jangan tiduri mana2 wanita yang bukan hak kita, buruk akibatnya nanti.
Amalan ini saya pelajari daripada dua orang , satunya adalah seorang Pawang dari Selangor pada tahun 80an, manakala satulagi dari seorang bomoh di Ulu Kinta Perak, berhampiran Maktab Perguruan Ulu Kinta.

Petuanya ialah, apabila bangun pagi janganlah dibasahkan mana2 anggota badan terutama 'Kelakian' kita, carilah sebuah gelas atau dahulunya buluh yang boleh merendam Alat Kelakian, maka buanglah air kecil kedalam bekas tersebut dan masih panas lagi, rendamkanlah Alat Kelakian kita selama dua tiga minit. Namun, Pawang Selangor memberi satu lagi petua ialah merendam Alat Kelakian Kita dengan air suam dengan cara yang sama diatas, atau merendam satu tuala kecil didalam air panas, dibalutkan ke Alat Kelakian selama sekurang kurangnya 15 minit, maka setelah beramal dengan petua ini, hasilnya akan dapat dilihat didalam seminggu dua, dimana yang lembik akan dikeraskan, ayat yang perlu dibaca ialah:-

YA QAHHAR-LA-I-LA-HA-IL-LALLAH-WAHIDUL-QAHHAR


Amaran, gunakan ayat diatas apabila mengamalkan petua berendan didalam air suam atau balutan tuala kecil sahaja, jangan diamalkan bersama2 air kencing kerana ayat diatas adalah mengandungi Asmaul Husna Al-Qahhar dan Kalimah Syahadah.

Satu lagi mentera orang melayu lama, yang amat mujarab ialah:-

Bismillah......................

Hai Besi Qursani
Engkau Sama Jadi Dengan Aku
Teguh Keras Besi Qursani di Tubuh Aku

Berkat Kalimah

Lailahaillallah Muhammad rasullullah

Caranya ialah, apabila bangun pagi sebelum Solat Subuh, ambilkan air liur di lelangit atas mulut menggunakan ibu jari kanan, lalu diurut2kan pada Alat Kelakian kita sehingga panas merah beberapa minit sambil membaca mentera diatas, urutannya ialah dari pangkal sehingga ke hujung, satu arah sahaja dan berhenti di kepala dan berhenti sejenak, kuncikan Alat Kelakian dengan jari2 sehingga 'Kepala' menjadi besar dan merah menyala, tetapi jangan sampai mencederakan, setelah selesai lakukan senaman  Ular Tedung dan Senaman Kucing Menggeliat, baharulah pergi buang air kecil atau mandi sesudah tubuh sudah sejuk kembali.

Ada masa nanti, Insyallah, apabila saya sudah mahir dengan Scanner dan Komputer, saya akan lakarkan senaman2 membesarkan Alat Kelakian , mungkin mengambil masa lama sedikit .

Wassalam




Rabu, 27 April 2011

Pengikut

Salam Semua Saudara..........

Ada permohonan kecil, jika saudara merasakan Blog saya berguna dan berfaedah perkongsian Ilmu, sekiranya tidak keberatan, 'ADD' sebagai pengikut/followers supaya apabila saya ingin mengemas-kinikan, semangat saya semakin berkobar kobar, banyak lagi ingin saya kongsikan selama 30 tahun pencarian Ilmu Dunia dan Akhirat bersama saudara semua. Ini adalah amal jariah saya, maka sekira sudilah, add sebagai followers......................

Wassalam

Selasa, 26 April 2011

Ayat untuk mengetahui perkara ghaib

AYAT KETAHUI PERKARA GHAIB




Hendaklah kita memulakan puasa bermula pada hari isnin berbuka dengan sesuatu yang tidak berdarah seperti jenis ikan dan daging. Berbuka dengan kurma/tamar, nasi berserta sayuran, buah buahan, madu lebah dan air sahaja. Sesudah solat subuh awal hari selasa, sebelum matahari terbit, ayat Quran tersebut dituliskan diatas kain putih bersih berdakwatkan bancuhan air mawar (air ros) bercampur dengan zakfaron/kumkuma/kunyit. Maka kain yang sudah tertulis itu perlu ditanam di suatu tempat yang tidak dilalu manusia, tersembunyi dari manusia.

Setelah selesai, pada malamnya tersebut yakni malan rabu itu, sebelum tidur selepas solat isya’, bacalah ayat diatas beserta doanya yakni:-




Sebanyak beberapa kali sehingga terlena, maka sekiranya ingin mengetahui wajah sebenarnya seseorang seperti tokoh politik bertopengkan agama, maka Tuhan akan menunjukkan wajah sebenarnya samada bersifat Soleh atau munafik/fasik.Amalan diatas boleh juga diguna-pakai untuk mengetahui nasib kita dimasa akan datang, insyallah.

Isnin, 25 April 2011

Jurus Bismillah/Jurus Angin

Jurus Bismillah/Jurus Angin

Jurus ini boleh digunakan untuk tujuan kecemasan apabila diserang lebih daripada satu musuh, khasnya musuh yang mengetahui juga ilmu bela diri tidak kira daripada Silat, Kung Fu, Judo atau Karate....boleh sahaja sebagai jalan untuk menyelamatkan diri daripada cedera.

Ayatnya Ialah:-

Bismillah Hi-akbar
Allah Hu-akbar kabiro
Allah.................pukul jurus seolah olah memukul musuh walaupun dari jarak jauh.
Cubalah jika kecemasan

Membunuh Musuh Tanpa Tempur






MEMBUNUH MUSUH TANPA BERTEMPUR (Ayat Diatas)


Cari pakaian musuh berwarna putih, tanamkan didalam mana mana kubur, sebelum itu, hendaklah ditulis kesemua ayat ayat diatas, ditambah surah Alam nasyrah...dan Alam tarokai..........

Semasa menanam, bacalah ayat diatas sebanyak 7X, maka musuh akan mati sebelum bertempur. Lakukan kepada musuh yang anti Islam dan Melayu.

AMARAN: Jangan dilakukan kepada sesama Muslim, akibatnya amat buruk jika orang itu mengamalkan pendinding atau pagar diri, maka kesannya berbalik kepada si pembuat. Berhati hati, amalan ini amat mujarab sekali.

AYAT GAYONG/LIBAS BISA

Sa-ur-Hi-qu-hu-Sho-‘u-da.

Hi (Ha Besar) Sho (Shod )
Ayat 17 Surah ke 74

Ayat ini diamalkan secara mengasah kedua dua belah tapak tangan seperti mengasah parang. Bila mengasah tapak tangan atau boleh jua sehingga ke siku, hendaklah digosokkan sehingga panas sambil membaca ayat diatas, sebelum itu, setiap kali membaca ayat tersebut hendaklah meludah keatas tapak tangan sambil mengasah tapak tangan depan dan belakang. Jumlah bacaan mengikut kemampuan masing masing, lagi banyak lagi mejarab dan berkesan. Pantangnya tiada, Cuma berhati hati menjaga kemarahan dan janganlah ringan tangan memukul anak anak atau isteri, berfikir dan mengawal kemarahan adalah lebih wajar.

Cara menggunakannya ialah seperti kebiasaan bunga silat, sambil bermain bunga, bacalah ayat ini supaya tidak ketara pada mata musuh. Namun ayat ini seperti ayat ayat panas dan gayong mempunyai pengerasnya yaitu sebilah parang atau golok disembah kepada Guru mengikut kemampuan.

AYAT MENCABUT KEBATINAN MUSUH

Wan-na-zi-‘a-ti-Ngror-qo (1/79)

Hikmah mencabut kekuatan kebatinan musuh terutama yang mempunyai sihir dan khadam. Walaupun ayat ini mudah, tetapi kesannya besar. Ianya digunakan bersama sama Kalimah Syahadah.
Ayat ini tidak mempunyai amalan khusus, Cuma bolehlah diamalkan bila bila masa sampai sebati dengan lidah dan jiwa. Maka , jika berhadapan dengan musuh yang juga mempunyai kekuatan ilmu kebatinan, bacalah dulu sebelum musuh menyerang kita dengan jurus jurus kebatina mereka. Insyallah, kekuatannya semakin berkurangan.

Wafaq dan Pagar Pencuri















WAFAQ DAN PAGAR PENCURI



Ayat diatas sudah sangat terkenal dikalangan amalan amalan pendekar melayu, orang Silat dan Perguruan Perguruan, hanyasanya, kegunaannya adalah sedikit berlainan, namun pada asasnya ialah tetap sama yakni sebagai pagar pendinding. Walaubagaimanapun, disini didalam amalan Silat Sinar Islam, ianya berbentuk wafaq beserta cara amalan membuat pagar pendinding rumah dan kebun/sawah/ladang dari khususnya pencuri, dimana walaupun pencuri dapat memasuki rumah atau ladang kita, mereka tidak sama sekali menjumpai jalan keluar kerana pandangan mata sudah terkabur melihat seolah olah ada lautan atau hutan belantara yang tebal atau penuh binatang bias buas mengelilingi pencuri ini.

Caranya ialah menulis ayat diatas sebanyak 70 X pada sehelai kain putih bersih dengan dakwat hitam, sesudah selesai menulis, hendaklah membaca sebanyak bilangan yang sama sambil kain tersebut dilipat sekecil mungkin dan dimasukkan kedalam sebuah botol. Botol yang sudah diisi kain ini setelah ditutup rapat rapat, hendaklah digantung didalam rumah atau di kebun.

Ada beberapa petua yakni, botol tersebut juga diisikan juga dengan punca air sungai yang deras atau air laut, maka kesannya adalah sama seperti jenis bentuk air yang di isi itu. Manakala satu lagi petua ialah mengisikan juga dengan tebuan, lebah bias atau kala jengking, maka kesannya ialah seperti serangga itu juga, begitu juga di isi bersama sama kayu kayu dari hutan belentara, kesannya ialah pencuri seakan akan didalam hutan belantara sehingga tidak dapat melihat jalan keluar, sedangkan mereka hanya berpusing didalam rumah atau ladang kita.

Ayat diatas juga boleh digunakan untuk menghancurkan menjahanamkan musuh musuh kita dengan syarat dapatkan pakaian mereka beserta dengan rambut atau apa sahaja bahagian tubuh badan, di isikan bersama sama kain yang telah dituliskan ayat diatas sebanyak 313 X , dibungkus dan dibakar sehingga menjadi debu. Kain tertulis juga nama musuh tersebut beserta nama ibunya, jika tidak mengetahui nama ibu, memadailah dengan nama musuh tersebut, dan ditulis dengan bahasa jawi.

Sambil membakar bacakan ayat diatas beserta Kalimah ini yakni:-

Ya zal jalaliwal ikram.................................................. 313 X

Peringatan, jangan sesekali berlaku zalim, kelak memakan diri sendiri. Jika ingin melakukan juga, berfikirlah sedalam dalamnya, tidak dihalang melakukannya pada musuh Islam yang secara terang melakukan kezaliman terhadap orang Islam.

Ayat ...Ya zal jalaliwal ikram ....juga boleh dibuat senjata ghaib kepada musuh yakni dibacakan sebanyak 313 X atau 1,000 X pada kacang hijau dan dibakar bersama sama kemenyan, maka pada hakikatnya asap ini akan menjadi tebuan menyerang musuh kita.

Doa Bismillah Mujarab

Apabila kita ingin beramal dengan mana mana khasiat Bismillah, terutama Bismillah Enam dan Bismillah Sembilan, sudahi dengan Doa khusus ini, maka kemustajaban amalan lebih ketara,malahan boleh juga diamalkan dengan Isim Bismillah 313 X yang diamalkan selepas Solat Subuh dipagi hari ahad untuk tujuan khusus dan tertentu. Doa bismillah ini juga mempunyai beberapa khasiat yang tidak ramai orang mengetahui melainkan yang mendapat terus daripada Tok Guru Pondok atau mereka yang pernah bertarikat. Pada lain kali, saya akan sertakan apakah yang dimaksudkan beberapa khasiat tertentu asalkan tujuan dan niat yang bersih dan baik, Insyallah.

Khamis, 21 April 2011

Salam Perkenalan

Salam kepada semua saudara yang mengikuti blog saya. Blog saya adalah tanpa mendapat hasil dari sebarang iklan, hanya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan tuan/puan semua, mana tahu, boleh diguna-pakai memandangkan orang melayu semakin terhimpit dan ditekan dari semua penjuru oleh bukan melayu ditanah air kita ini.Beri sedikit masa, kerana saya akan mengemas-kini isi isi terbaru yang agak mencabar kerana dengan mesin scan yang baharu dibeli, lebih mudah saya meletakkan ayat ayat Quran pada tajwid dan nahu yang betul, bagi memudahkan tuan/puan membacanya dengan tepat menurut mahraj huruf. Didalam ilmu kebatinan, tadwid tidak diperlukan asalkan sebutan mahraj tepat sudah memadai seperti apabila kita membaca doa doa selepas solat, yakni doa doa yang diambil dari Kalam Tuhan, Al Quran.

Terus mengikuti blog percuma saya, ini adalah sumbangan perjuangan saya membela bangsa melayu di tanah air sendiri...salam dan sebarkan kepada sahabat sahabat, kawan kawan dan pejuang bangsa melayu..............

Rabu, 20 April 2011

Baju Perang- Selendang Merah/Panglima Hitam

Salam semua, ini adalah xatu contoh salinan azimat baju perang yang saya dapati daripada Datuk saya yang mengamalkan Perguruan Selendang Merah. Semasa 13 Mei 69, beliau terlibat secara langsung bertempur dengan kaum cina di Gunung Rapat Ipoh (kawasan cina/black area dengan samseng)
Arwah datuk juga agak handal tetapi selalu mendiamkan dan merendahkan diri, cuma saya sahaja cucu kesayangan mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh dipakai buat pakaian apabila kecemasan. Arwah datuk saudara di Ulu Kenas Kuala Kangsar pada tahun 70an sehingga 80an juga seorang pendekar, tetapi sayangnya beliau enggan menurunkan ilmu kepandaian beliau kepada anak cucu. Kami tidak tahu mengapa tetapi sehingga sebelum ajalnya , beliau jika ke pekan Kuala Kangsar berkayuh basikal dari Ulu Kenas pergi dan balik. Jarak dari Kg Ulu Kenas ke pekan Kuala Kangsar adalah lebih kurang 20 ke 25 km pergi dan balik. 

Namun, ayat diatas dipercayai ada beberapa kegunaan lain seperti boleh menenggelamkan perahu dan kapal dengan pukulan jurus (Ayat Jurus) serta boleh menterbalikkan kereta, malangnya saya tidak tahu bagaimana cara amalan dan kegunaan kerana arwah datuk sudah meninggal dunia semasa saya masih belajar.
Manakala kegunaan sebagai Baju Perang yang saya ketahui agak sukar dan payah hendak dilakukan kerana beberapa syarat ketat dan pantang larang yang banyak, lagipun, bahan untuk membuatnya , entahlah samada masih ada atau tidak

Wallahualam

Selasa, 19 April 2011

Ayat Serba Guna-2

Ayat disebelah amat dikenali kerana juga dibaca pada tahlil dan doa selamat didalam mana mana bacaan yasin. Saya yakin ramai yang menghafazkan ayat tersebut namun mungkin tidak ramai yang mengetahui ianya boleh digunakan sebagai penyeri muka dan ilmu pangasih. Ayat ini juga boleh diguna-pakai sebagai pendinding dan pagar diri jika tahu cara amalan yang khusus, malahan ramai dikalangan ulama mengamalkannya jika melakukan dakwah pada kawasan pendalaman orang asli dan juga di Sabah Sarawak.
Di Sarawak ada sesuatu ilmu sihir terkenal dikalangan  Iban dan Kadazan bagi sesiapa yang mempermainkan anak dara mereka. Perbuatan sihir mereka sebegitu unik mampu meletakkan atau mengubah kemaluan ke dahi.
Maka amalan ini khusus untuk mematikan perbuatan sihir tersebut dengan amalan khusus tertentu.
Menurut Arwah Guru saya, ianya hendaklah diamalkan secara lazim dengan satu lagi ayat Quran...............saya akan cuba cari dan scan dan dimasukkan kedalam blog saya ini.

Salam


Rabu, 6 April 2011

Ayat Serba Guna

  • Ada satu ayat yang terkenal dikalangan pendekar melayu lama digelar ayat 1001 kegunaan, kedudukan ayat ini adalah betul betul ditengah Al-Quran pada ayat ke 3,333
  • Ayatnya boleh digunakan sebagai Gayung Pukulan Jauh, Penumbuk Berat atau Bisa, Penawar Bisa terkena pukulan musuh seperti punumbuk bisa, Penawar racun Santau Angin atau Penawar Bisa gigitan Serangga Bisa, Penyeri Muka, Pendinding Santau dan Tuju Tuju, Ayat Cuca, Ayat Kebal , Pembuka Kunci Sihir, Tuju Jantung, Tekan Bumi atau lebih dikenali Garisan Laksamana, Penolak Bala Bencana serta Binatang Buas dan Ganas, perbuatan Sihir musuh kembali kepada sipembuat dan lain lain lagi mengikut keadaan
  • Cara amalannya yang agak khusus yakni berpuasa bermula pada hari jumaat bertepatan 1 hb Hijrah Islam dan tamat pada 30 hb Hijrah Islam, contohnya jika bermula 1 rabiul-awal tamatnya ialah 30 rabiul-awal.
  • Setiap hari beramal membaca sebanyak 3,333 X bermula selepas Isyak sehingga selesai sebelum tidur
  • Jika sesudah lengkap beramal, akan datang tanda tanda tertentu yang menunjukkan amalan kita mustajab.
  • Lazimnya, didalam mimpi akan ditunjukkan cara kegunaan terhadap sesuatu perkara, pengalaman saya ialah apabila kita mengalami sesuatu perkara, maka kita akan memperolehi petunjuk bagaimana un tuk menggunakan ayat tersebut bersama sama ayat ayat lain.
  • Contohnya, semasa di Kolej, ada budak budak nakal cuba menghantar Santau Angin, maka malamnya saya mendapat petunjuk amalan mematahkan perbuatan tersebut.
  • Ajaibnya, cara kegunaan selalu dimulakan Al Fatihah dan Salawat Nabi SAW, kecuali Pendinding disertakan Penghulu Segala Ayat.
  • Ayat tersebut ialah:- WAL-YA-TALOTH-TOF-WA-LA-YUS-E-RAN-NA-BI-KUM-A-HA-DA..............
  • Hampir semua Seni Silat saya menuntut ada menggunakan ayat ini.
  • Ada lagi satu ayat yang agak terkenal dikalangan Para Sufi yakni HAS-BI-YAL-LAH-HU-WA-NIQ-MAL-WA-KIL..........ini juga amat mustajab sekiranya usaha kita menemui kegagalan, ini adalah benteng terakhir setelah semua usaha gagal kerana amalan kita yang tidak cukup, maka cukuplah Allah menjadi Pelindung dan Wakil bagi menyelesaikan setiap urusan harian kita.
  • Selamat beramal, jika tidak cukuplah sebagai pengetahuan, mana tahu, mungkin suatu hari bertemu keadaan kecemasan, bacalah ayat ayat diatas, selainnya Tawakkal kepada DIA
   

Sabtu, 2 April 2011

Ayat Ampuh Dari Khianat dan Kecemasan

Salam untuk pengikut didalam blog saya terutama bloggers penentang politik pengkhianat bangsa dan agama.

Sila saudara amalkan ayat dibawah ini bersungguh sungguh dengan niat mempertahankan agama dan bangsa kita, melayu, Insyallah perbuatan khianat, sihir atau kecemasan diberi pertolongan oleh Allah, khas untuk blogger BR, GWM, GAP, PPGM, dll, sila amalkan ini:-

Bismillah.................................

QUL-LAN-YU-SHI-BANA -ILLA MAKA-TAB...
(Shi adalah huruf Shod) amalkan setiap selepas solat atau mana mana waktu lapang sebanyak sekurang kurangnya 40X sehari semalam sampai bila bila.

Cara menggunakannya apabila berhadapan dengan kecemasan seperti musuh mencuba memukul, merompak atau apa sahaja perbuatan mendatangkan mudarat kepada kita, bacalah ayat diatas, dan apabila sampai pada ayat akhir MAKATAB....tekan lidah pada langit langit diatas dan jangan lepaskan sehingga keadaan sudah selamat. 

Perbuatan khianat seperti sihir, khianat tersembunyi dan sebagainya yang tersembunyi dari pengetahuan kita, serahkan sahaja pada Allah, Dia yang akan uruskan perbuatan jahat tersebut.

Saya amat berkeyakinan dengan amalan ayat diatas kerana telah beberapa kali membuktikan jasa , dengan BIIZNILLAH jua, terbaru pada tahun lepas diserang oleh beberapa pemuda india mabuk  diantara 8 hingga 10 orang( penyokong hindraf) menyerang kerana saya hampir melanggar salah seorang daripada mereka yang berkeadaan mabuk melintas jalan tanpa melihat kiri-kanan, perbuatan saya yang sudahlah menyelamatkan pemuda india itu daripada dilanggar oleh kenderaan saya, mereka pula menyerang secara membuta tuli, manakala kedai kedai cina berhampiran semuanya menutup pintu , maka dengan Izin Allah jua, tiba tiba saya teringatkan ayat diatas, maka sayapun membacanya tanpa henti henti sambil menyerahkan urusan ini kepada Allah, secara tiba tiba, mereka pula bergaduh sesama sendiri bertumbuk dan berkelahi, maka sauapun dengan segera beredar terus kebalai Polis berhampiran membuat laporan. Beberapa daripada pemuda india tersebut ditangkap mungkin di dakwa dibawah kanun keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan kepada orang awam lain.Wallahi, Wabillahi , Watallahi, ini peristiwa terbaru terjadi keatas saya di Ipoh berhampiran Taman Jati.

Amalan diatas juga, sekiranya kita diserang oleh musuh bersenjata, maka caranya sama kecuali ditambah tumit dihendak dengan kuat ke tanah/bumi, maka jika pistol, ianya tidak akan meletup, manakala musuh bersenjata tajam atau pistol, akan terkunci terpaku seolah olah badan dikunci kaku dan kaki seolah olah dipegang bumi.

Insyaallah, amalkanlah ini, sebab jasanya sudah beberapa kali, maka inilah satu satunya ayat amalan yang saya secara redha IJAZAHKAN kepada pembaca.............

Wallhualam