Ahad, 29 Januari 2012

Petua Untuk Tahu Tempat Berpenunggu/Keras

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, sebanyak Bilangan CiptaanNYA Yang Tiada Penghujung............

Petua Untuk Mengetahui Tempat Berpenunggu atau Keras

Kadang kala kita mungkin pulang ke kampung atau kekawasan yang tidak menjadi kebiasaan seperti 'camping', rekreasi dan sebagainya seperti PLKN. Maka, bagi mereka yang 'tin kosong', mereka tidak mengetahui bahawa, semua muka bumi mesti terdapat bangsa Jin dan sebangsa dengannya. Harus tahu bahawa, Jin adalah makhluq awal yang dicipta daripada Manusia, dan mereka telah menduduki Bumi seawal ribuan tahun lamanya.

Maka, sudah tentulah dimana sahaja kita berpijak, disitu pasti akan terdapat bangsa Jin yang memerhati dan melihat kita, hanyasanya kita tidak dapat melihat (kecuali yg Kasyaf ) dan jenis2 Jin.

Sebegitu rupa CiptaanNYA, bangsa Jin juga mempunyai alam dan manisbah masing, yang mana ada juga bangsa Jin tertentu lebih 'Halus', tidak dapat terlihat oleh bangsa Jin yang lain. Oleh itu, seperti kita manusia , baik dan jahat, nakal dan pendiam, maka Jin juga seperti itu, oleh itu, jika ke tempat2 tertentu, Petuanya ialah....

Sebelum memasuki kekawasan tersebut, mahulah membaca Ayat Salamun Qaulam Mirrobbirrihim sebanyak 11X, maka perhatikan dan rasai, jika ada perasaan berdebar dan roma menegak. Jika ya, tempat tersebut berpotensi Keras dan Berpenunggu, maka langkah selanjutnya ialah mahulah memberi Salam Kepada Penghulu Kawasan tersebut, walaupun tidak dapat melihat, maka dengan sangkaan yang baik, berilah Salam seperti ini..................

Salam Kepada Penghulu, kami Umat Muhammad SAW menumpang sebentar, mohon Izin dengan baik untuk barang seketika. Jika tersalah adab, kami mohon maaf.

Assalamu'alaikum Langit ( pandang ke langit)
Assalamu'alaikum Bumi   ( pandang ke bumi)

Dengan Berkat Kalimah

La'ila ha illallah, Muhammad Rasullullah..............

Setelah itu, mahulah setiap dari kita, bacalah Surah An-Nass dan Al-Falaq....sekali.

Wallahhualam.

Nota:- Jangan dibaca Ayatul Qursi kerana kesannya adalah membakar bangsa Jin, jika tersalah anggapan bahawa kita bermaksud bermusuh kerana membaca Ayat Qursi. Gantikan dengan Ayat2 sejuk seperti Al-Fatihah, An-Nas atau Al-Falaq, juga boleh, Salamun Qaulammirrobbirrohim....tiada had.


Ahad, 22 Januari 2012

Petua Mengelak Diri dari Santau Makan/Minumu

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW , Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segla Pujian Hanya Layak bagiNYA, Yang Menguasai Segala Sesuatu di Seluruh Alam

Petua Orang2 Tua Untuk Mengetahui Samada Yang di Makan/Minum Mengandungi Santau/Racun Perbuatan Khianat/Sihir Manusia

Sekiranya kita mahu Minum atau Makan yang Panas2, sebelum menjamahnya, haruslah kita membaca Ayat ini:-

WAL YA TA LATTHAF WA LA YUS 'E-RAN NA BI KUM A-HA-DA.....3X

Mahulah kita menyentuh bahagian bawah pinggan atau gelas, sekiranya sejuk , manakala makanan/minuman adalah panas, maka ianya mengandungi Santau/Racun perbuatan Sihir Jin dan Manusia.

Satu lagi petua ialah boleh digunakan pada sebarang bentuk makanan/minuman dan sebagainya ialah MAQRIFATKAN Kalimah ALIF LAM LAM HA dipermukaan makanan/minuman, jika ianya mengandungi Santau/Racun samada perbuatan khianat atau sihir atau sememangnya ianya boleh memudaratkan , maka ianya akan pecah dengan sendiri atau barangkali ada halangan dari kita memankannya melalui jatuh, pecah dan sebagainya, Insyallah.

Satu lagi petua ialah pada minuman, ialah Menulis Kalimah LAM ALIF pada permukaan air, kesannya sama seperti diatas

Wallhu'alam

Jumaat, 20 Januari 2012

PETUA PELEMBUT HATI SUAMI DAN ANAK

Salam keatas yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, ahli keluarga Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Segla Pujian Hanya Bagi DIA, Zat yang Esa lagi Tunggal, Tiada sesuatupun menyerupaiNYA

Petua Melembutkan Hati Suami dan Anak
=====================================

Ini adalah Petua yang amat mudah bagi kaum Isteri dan Ibu, yang mana ini adalah amalan Wanita Solehah turun temurun.

Petuanya ialah, setiap kali memasak makanan atau membuat air, mahulah berselawat tanpa henti henti sehingga selesai kerja. Salawat yang paling mudah dan ringkas ialah Allahhumma Salli'ala Muhammad...............harus betulkan mahraj huruf, sabdu dan qolqolah........

Jika anak2 degil dan susah mendengar kata, maka setiap kali membuat air, haruslah membaca berikut:-

Ya ALLAH........  3X
Ya Lathif.......129X

Wallahu'alam

Selasa, 10 Januari 2012

Ayat Pelembut Hati

Salam keatas semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, sebanyak bilangan ciptaanNYA

Didalam banyak banyak Pelembut Hati, Ayat ini adalah salah satu terutama dan mujarab, secara umum boleh digunakan untuk sesiapa sahaja seperti Majikan, kawan lawan, Suami Isteri, Anak2 dan sebagainya.

Ayat tersebut ialah dari Surah An-Nisaa ayat 84 yang diamalkan beberapa cara:-

1) Dibaca dan dihembuskan kewajah Suami, Isteri atau Majikan, untuk melembutkan hati jika mereka berkeadaan marah, dan dibaca 3 Kali (3 X)

2) Dibacakan kepada segenggam tanah/pasir sebanyak 3 Kali, dan dihamburkan kepada musuh yang sedang naik 'Syeh"................ atau sangat2 tinggi kemarahannya.

3) Secara umum, ayat ini dibaca 3 kali keatas tapak tangan yang mempunyai takungan AIR dan dihembus lalu membasuh muka dengannya dan dibiarkan kering dengan sendiri sebagai tambahan Penyeri Muka dan Pelembut Hati.

Wallhualam


Adab Berguru

Salam untuk semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Adab adab apabila mahu mengambil Ilmu dengan Guru :-

1) Mempunyai Niat Yang Luhur dan Bersih, diatas tujuan untuk menuntut. Sudah tentu kerana ALLAH dan RASUL. Maka, jika kerana ALLAH dan RASUL, perlulah mempunyai sikap dan peribadi yang Mulia, Taat kepada ALLAH dan RASUL, IbuBapa, Guru dan Ulul Amri, selagi tidak di perintahkan melakukan maksiat kepada ALLAH dan menghalang Islam, namun diharamkan menderhaka dan menentang , kerana sudah ada perintah jelas dan tegas oleh Baginda SAW dalam BukhariMuslim bab ketaatan. (Nota: Sila rujuk Huraian Imam Nawawi  didalam bab2 ini, Kitab Huraian Bukhari Muslim)

2) Menjaga Adab dan Bahasa, apabila berbicara dengan Guru, seperti memanggil mereka dengan Gelaran, Tuan, Pak Guru, Yang Mulia, Ayah dan sebagainya. Semasa saya menuntut, ramai juga Guru2 (Allahyarham) suka jika saya memanggil mereka Abang, Tuan dan Pakcik, dan seperti Tok Ayah, Pak Hamid, Abang Kadir , selagi tiada memberi masalah dan tanda hormat dengan mereka yang menurunkan Ilmu.

3) Apabila Guru berbahasa, digalakkan kita berdiam dan mendengar dengan teliti

4) Sudah semestinya memberi salam dan mencium tangan jika Guru Tua.

5) Jauhi memberi pendapat dan berbalah2 dengan Guru , jauhi sifat EGO jika mempunyai kelulusan Akedemi yang tinggi, kerana harus tahu bahawa Penyampaian DIA mengenai ILMU2 NYA adalah berbeza-beza keatas HambaNYA

6) Memelihara mata jika Guru beristeri dan mempunyai anak dara/gadis.

Nota:- Insyallah, jika kita berada dan berakhlak Mulia dengan Guru, maka selalunya, ada habuan yang diterima dengan Ilmu2 yang sulit.

Rabu, 4 Januari 2012

Ayat Cuca

Salam keatas semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah...
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW...
Segala Pujian hanya bagi ALLAH SWT sebanyak Bilangan Ciptaan NYA...

Orang Islam Itu adalah Bersaudara, Haram Menjatuhkan Tangan Keatas Orang Islam Yang Lain...

Ayat Cuca
=========

Ayat Cuca ialah jampi serapah atau berbentuk Mantera orang2 Melayu dahulu kala, yang diamalkan supaya ada belas kasihan orang apabila melihat kita.

Ada yang berbentuk pantun, syair dan Mantera, mengikut Guru masing2 dan Perguruan yang berbeza, namun tujuan adalah sama, keberhasilannya amalan ini mengikut Keyakinan dan Mengenal Hakikat Cuca itu.

Nabi Adam Hawa di Syurga
Keluh kesah secebis tiada
Nabi Yusuf Zulaikha bersemi cinta
Kekal di Qalbu selamanya

Nur Jamal diwajahku bercahaya
Nur Muhammad meresap dimuka
Melihat manusia timbul cinta
Belas Kasihan Berpada pada

Berkat Nur Segala Nur
Liputi seluruh Sirr
Menyelinap ke urat saraf segala Nur
Liputi seluruh Sirr

Dengan Berkat Kalimah

Laa.....................

Mengikut kata Guru yang menurunkan Mantera ini, faham hakikatnya maka mujarablah amalan. Jika Nur meliputi Qalbu, maka cahaya menyinar kewajah, barang siapa melihat, lembut hati dan timbul belas ihsan.

Disini, didapati menyebut Dua Nama Nabi AS , Nabi Adam as dan Nabi Yusuf as, yang mana asal segala manusia ialah dari Nabi Adam as dan Hawa as, bermulanya kecantikan tiada titik hitam dan kotor, maka kecantikan Jamal meliputi wajah manusia pertama sehinggakan Para Malaikat teruja terpegun melihat Nabi Adam as dan Hawa as, walaupun Malaikat tiada Nafsu.

Keduanya menyebut manusia yang paling cantik, Nabi Yusuf as, sehinggakan terpotong jari tidak terasa sakit, begitulah keindahan Nabi Yusuf yang mana kecantikan Baginda adalah meliputi kecantikan Zahir dan Batin, cusi dari Nafsu yang rendah.

Kemudian Mantera juga menyebut Sirr bagi Nur segala Nur, cahaya segala cahaya dari yang Maha Indah Cantik.

Maka , keberkatan menyebut nama2 Nabi as dan Nur Segala Nur, memberi kesan keatas wajah, namun perhatikan juga, Di sebut Nur Jamal (Kecantikan ) salah satu Asmaul Husna dan Nur Muhammad, asal kejadian seluruh Alam Semesta termasuk dari Alam Lahut, Alam Jabbarut, Alam Malakut dan Alam Fana (Zahir Alam Semesta)...

Perhatikan juga sebutan,Nur meliputi urat saraf, itulah kecantikan dalaman, jika manusia berpenyakit, mistahil menampakkan kecantikan pada wajah sepertimana yang disaksikan kepada wajah2 mereka yang kesakitan dan berpenyakit, hatta para artis, modeling dan sebagainya, hilang seri, hilang keindahan dan kecantikan jika berpenyakit zahir dan batinnn terutamanya.....

Maka, kesimpulannya, perlu mempunyai tubuh jasmani yang sihat, Qalbu yang jernih dan suci dan zahir dan batin yang bercahaya, maka semua akan mendapat kecantikan yang hakiki.

Wallahualam

Isnin, 2 Januari 2012

Petua Untuk Kaum Hawa - Muka Berseri Bercahaya

Salam Untuk Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, ahli keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian2 Hanya bagi NYA sebanyak bilangan ciptaan NYA.

Ini adalah satu petua mudah yang diambil dari Bidan Tua untuk Kaum Hawa bagi menyerikan Wajah.

Sewaktu bangun awal pagi sebelum mendirikan Solat Subuh, mahulah menjelunjurkan kaki dan cuba menyentuh Ibu Jari Kaki seadanya mengikut kemampuan, seterusnya tumbuk2 perlahan2 berluma dari pinggang terus keatas sedaya upaya yang boleh. Setelah itu, tepuklah perlahan2 kedua2 belah bahu bermula dari tengkuk ke bahu, terus mengurut2 bahu sehingga kesiku. Ulang beberapa2 kali sehingga terasa lenguh dan sembab hilang.

Setelah selesai, mahulah ditepuk2 wajah perlahan sehingga hangat dan panas, dan juga menepuk/menumbuk belakang kepala secara perlahan2 dan memicit2 kepala untuk peredaran darah yang baik.

Setelah selesai, baharulah samada mahu mandi atau hanya berwuduq sahaja untuk mendirikan Solat Subuh. Seboleh bolehnya, biarkan Air Wuduq diwajah kering dengan sendirinya.

Satu lagi petua ialah setelah membersihkan badan semasa mandi, setelah itu , janganlah di Lapkan ait mandian di wajah, biarkan kering dengan sendiri, Insyallah, muka akan senantiada segar dan berseri2.

Beberapa petua membersihkan wajah ialah menggunakan parutan mentimun untuk mencuci muka, setelah 10 atau 15 minit, baharulah cuci wajah dengan air biasa dan bersih.

Ini satu petua yang saya ambil dari seorang Guru Ugama Tasawwuf, dimana ianya berguna untuk memberi cahaya pada wajah orang yang berwuduq, yakni, setiap kali mengambil wuduq, jangan berhenti2 membaca Selawat keatas Baginda SAW walaupun pendek dan ringkas, dan secara khusus pada wajah ialah membaca Salawat Nur Muhammad, yakni

Allah Humma Solli 'ala Nur Muhammad.

Wallahualam.