Rabu, 24 Julai 2013

AYAT GAYONG PUKULAN JAUH

Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sunnah Wal Jamaah

Segala Pujian Hanya bagi DIA, ZAT yang Maha ESA, Tiada sesuatupun menyamai NYA.

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sekelian Ahlul Bait, Yang terkemudiannya Zahirnya Imam Akhir Zaman yang akan memimpin Umat Nabi Muhammad SAW dan dibantu oleh Baginda Nabi Isa AS turun dari 'Langit' yang membawa Syariat Nabi Muhammad SAW, membantu 'Panji-Panji Hitam Dari Timur' menghapuskan musuh2 Islam dan menghancurkan orang orang yahudi laknatullah.

Ayat Gayong
===========

Semasa saya amat giat dan aktif semasa belasan tahun, pengisian zahir dan kekuatan batin, saya diajar Guru Guru Tua, jika sudah terbuka 'rahsia batin' diri dan 'isi' sudah cukup, maka barang ayat apapun akan mustajab dan mujarab.

Semasa bermain bergu dengan rakan2 segelanggang, tanpa pengetahuan mereka semasa mereka menyerang, saya akan membaca ayat ini...........

ALLAHHU AKBAR
ALLAH kata kena, Muhammad kata jatuh......
ALLAHHU AKBAR

sambil tangan menjurus berbentuk menolak, maka mereka akan terpelanting melambung kebelakang tanpa dapat menyentuh saya. Dimana selepas membaca Kalimah diatas, sambil tangan menjurus hembuskan nafas dari hidung dengan kuat sambil 'maqrifat' tangan kita menolak dada atau sebagainya, walaupun pada hakikatnya kita berada pada jarak yang jauh dari mereka.

Petuanya lagi kuat hembusan nafas, maka kuatlah kebersanannya, maka jika 'bermain' dengan rakan2, jagalah kekuatan nafas, pun begitu ianya hanyalah 'makan luar' sahaja.

Pun begitu, hanya mereka yang ada 'isi' sahaja dapat mempraktikkannya, manakala yang 'kosong' ianya sekadar kalimat kalimat biasa.

Mereka2 yang faham akan kata2 ini pasti tersenyum.

Wallahhu'alam.




Ahad, 21 Julai 2013

AYAT PELEPAS MUSUH @ PETUA












Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Sahabat-sahabat Baginda SAW dan Isteri-isteri Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian hanya bagi NYA dengan sebanyak bilangan ciptaan NYA yang tiada penghujung dan kesudahan.
Sudah pasti masa sampainya DIA akan musnahkan musuh musuh ALLAH dan Islam dengan Jalan yang hanya DIA sahaja mengetahuinya.

Ayat diatas sangat mabrur dan mujarab bagi para Syuhada dan Mujahiddin, Pejuang AgamaNYA, yang mana jika terkepung oleh musuh NYA, pasti membaca ayat diatas sebanyak banyak tanpa hitung, hamburkan tanah atau pasir kearah musuh, pasti Insyallah, berkat Kalimah NYA dan Baginda SAW, pasti ada jalan keluar dari kepungan.

Terlebih afdal jika disertai dengan , QUL-LAN-YU-SIY-BANA-ILLA-MA-KA-TAB.

Tiada amalan khusus, hanyasanya kelaziman membaca Surah Yasin setiap hari atau sekurang-kurangnya memberi satu kesedaran fadhilatnya apabila diperlukan.

Ayat ini juuga boleh digunakan jika terdesak, mahulah menyorok dimana2 samda belakang lalang, pokok atau semak, bacalah ayat ini bertubi-tubi dan membuat garisan di sekeliling kita. Insyallah, musuh akan buta mata dari melihat persembunyian.

Pun begitu, mahulah mulakan dengan bacaan Yasiin, Yasiin, Yasiin baharulah membaca ayat ini.

Wallalhualam.

Selasa, 16 Julai 2013

AYAT BESAR PELINDUNG






 حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain DIA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal. DIA adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung.

Surah At-taubah:129


Mahulah diamal secara harian, Insyallah menjauhkan diri dari kejahatan yang di cipta NYA.

Boleh juga dibaca semasa keluar masuk rumah atau kenderaan.

Boleh juga ditulis pada kertas yang bersih putih dan suci dari najis, sertakan dengan Basmallah, di letakkan di dalam kenderaan atau rumah, sebagai berkat Kalamullah. Pastikan tiada sesiapa boleh melangkah dan jauhi dari tempat yang boleh terkena najis.

Wallahhu'alam.


AYAT PENUNDUK DAN AYAT PELEMBUT HATI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْماً
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

Surah Thaha: 111

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْماً وَلَا هَضْماً
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

Surah Thaha: 112



Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam keatas Baginda SAW dan Isteri-Isteri Baginda SAW dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait, yang akan bangkit menegakkan Islam dengan Syariat Baginda Nabi Muhammad SAW.

Segala Pujian-Pujian hanya bagiNYA sebanyak bilangan CiptaanNYA.
Maha Suci DIA dari kekurangan dan Kelemahan.
Maha Besar DIA dengan segala Kebesaran dan Kemuliaan.


Ayat diatas boleh digunakan sebagai pelembut hati dengan pelbagai cara dan guna, samada menghembus secara lemah lembut ke wajah seseorang yang di maksudkan mahupun membaca keatas makanan atau minuman untuk anak-anak yang nakal dan degil ataupun kepada suami yang bengis dan bebal panas baran.


Terlebih baik dibaca bersama sama Salawat.

Wallahualam.




Ahad, 14 Julai 2013

AYAT PENGASIH - Amalan Harian Suami Isteri



Surah Ar-Rum Ayat 17.



Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW dan Sekelian Ahlul Bait Yang Zahir dan Batin Diatas Tanah Jawi

Segala Pujian Pujian Hanya BagiNYA sebanyak bilangan CiptaanNYA Yang Tidak Putus Putus Dari Awal Penciptaan MakhlukNYA Sehingga Selamanya di Akhirat, dimana Kita Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah Berkekalan Mendapat Niqmat Dan Rezeki Yang tidak Sama Setiap Hari.

Ayat diatas mahulah diamalkan setiap hari samada selepas Solat Fardhu mengikut kemampuan atau semasa penyediaan makanan minuman kepada suami ataupun diamalkan sebelum tidur ataupun sebelum senggama lebih afdhal.

Bagi mereka2 yang masih belum berumah tangga, mahulah diamalkan sebeberapa gigih, tatkala selepas sah Aqad Nikah, mahulah memegang ubun2 Isteri setelah selesai semua yang sunat2, bacalah Ayat ini sambil memohon doa didalam hati semuga berkekalan jodoh sehingga dunia akhirat.

Boleh juga dibaca pada malam pertama bersama2 suami-isteri sebelum permulaan sanggama selepas membaca Doa2 dan Sunnah yg lain lain.

Petuanya berkekalan berkaseh-sayang ialah selepas inzal yakni keluarnya mani di dalam faraj isteri, janganlah dicabut zakar sebelum membaca ayat ini bbrp kali sambil niat dan tasdiq di dalam hati kekal kaseh sayang suami-isteri. Ini adalah petua mereka yang mangamalkan perkara ini. Malah, beramal bersama2 isteri adalah terlebih mujarab kerana menunjukkan kelurusan dan keikhlasan kedua2nya.

Wallahu'alam.




Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq, semuga Puasa tahun ini lebih baik dan afdhal dari sebelumnya.

Selamat beramal kepada sesiapa di kalangan pembaca Blog ini semuga DIA memberkati kita semua.

Ingatlah, orang2 Islam itu bersaudara, persaudaraan ada kayu pengukur Iman di dada. Jauhi golongan yang menjual Ugama demi kuasa dan dunia, hatta berjubah atau berserban, sekiranya berilmu tiada nilai jika mengkafirkan sesama Islam dan membenci perpaduan sesama orang2 Islam dan lebih mementingkan sekutu dari kafir.

Salam dan Selamat berpuasa.
Teguhkan genggaman dgn tali Sunnah Wal Jamaah.

Selasa, 2 Julai 2013

RAHSIA AYAT 2 SURATUL AL IKHLAS.


Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Segala Pujian Hanya BagiNYA, Tempat Mengadu dan Permohonan dan Pertolongan.
Tiada Daya dan Kuasa Melainkan Dengan IzinNYA.

Ayat dua(2) dari Surah Al Ikhlas adalah salah satu rahsia yang jarang jarang di ketahui selain yang pernah mengamalkannya dan mengetahui rahsianya yang amat besar.

Ayat yang bermaksud ALLAH TEMPAT MEMOHON/MEMINTA , AS-SHOMAD salah satu dari Asmaul Husna mempunyai khasiat yang tersembunyi, lembut tetapi amat berkesan.

Ayat ini juga adalah sebahagian didalam Perguruan Sinar Islam dan Perguruan Semantan Puteh, boleh digunakan oleh sesiapa yang berada di saat kecemasan.

Cara amalanpun amat mudah dan ringkas. Boleh di amalkan bila2 masa, dimana2 sahaja (tempat2 yang di izinkan syaraq/bukan di dalam tandas dll), tanpa had kiraan yang tetap, sehingga menjadi kelaziman dan kebiasaan harian.

Cara penggunaan juga mudah, sepertimana doa2 lain, dahulukan Ayat Dua(2) kemudian baharulah berdoa.
Namun, sebaik2nya sertai dengan pujian atau Salawat keatas Baginda SAW.

Salah satu pengalaman kegunaannya semasa kecemasan ialah berhadapan dengan anjing liar yang menyerang, saya membacakannya (masa itu, ini sahaja yg terlintas di fikiran) beberapa kali memohon pertolonganNYA di jauhi bala sambil merenung anjing2 tersebut, seolah2 ada halangan diantara saya dan anjing, maka syukur kepadaNYA, anjing2 tersebut  berlalu sebegitu sahaja.

Namun, khasiat dan Rahsianya jauh lebih besar dan dalam dari itu, dimana ianya boleh di gunakan sebagai 'Ibu' atau kepala doa2 harian kita samada doa2 lazim atau doa2 yang kita panjatkan kepada NYA.

Sudahilah dengan Salawat, Insyallah.

Kitab Ihya Ulumiddin Untuk Di Jual.

Salam Ketas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Jika ada di kalangan pembaca berminat untuk mendapatkan Kitab Ihya Ulumiddin, bolehlah email saya ke ilmukebatinanmelayu@gmail.com untuk urusan pembelian.

Ini adalah salah satu perniagaan yang saya lakukan untuk sebahagian membantu pondok2 pengajian Ilmu Islam dan Anak2 Yatim/Janda dan pembinaan Masjid2 dan Surau.

Harga RM400 sahaja. Harga Asal RM590-00.

Sama2 kita membantu Ummah dan orang2 yang memerlukan.