Selepas mahir pada langkah asas Semantan Puteh, selalunya memakan masa tidak kurang 6 bulan, maka sudah tiba masanya pelajar akan diajar Tahap 1 Silat Kebatinan, namun sebelum itu beberapa perkara perlu diajar kepada mereka:-
1) Ilmu Hakikat-mengenal tanda tanda kedatangan makhluk halus samada daripada Jin Islam atau Jin Kafir seterusnya bertindak menurut sepatutnya. Harus diingat, sebaik baik Jin adalah sejahat jahat manusia. Bunian juga termasuk di dalam golongan Jin, maka didalam Semantan Puteh, perkara seperti bersahabat atau khadam tidak wujud sama sekali malah dilarang dengan sekeras kerasnya.
(Nota:- Sila rujuk kepada pendapat Ustaz Kasimin dan lain lain nya)
2) Isi kebatinan-Murid akan di ajar beberapa amalan dan khasiat khusus daripada Asmaul-Husna untuk mengisi kebatinan (Ruhani) supaya dengan Izin ALLAH, ruang ruang yang boleh dimasuki Jin kedalam tubuh manusia tertutup
Wiridnya diamal setiap hari samada selepas Solat atau bila bila masa, wiridnya ialah
Ya Haiyu Ya Qaiyum 313 X
Salawat Nabi 10X paling kurang, lebih banyak afdal
Ya Kafi, Ya Hafiz, Ya syafi, Ya Lathif terpulang kepada individu, lagi banyak lagi afdal
3) Mandi- murid akan diajar dua bacaan untuk diamal seumur hidup:-
a) Nawaitul ngrus la minal haya tilillah hita 'ala-untuk kekuantan dan kesihatan badan, amalkan setiap kali mandi, nescaya badan akan kuat dan sihat, insyallah
Nota-Penulis amalkan bacaan di atas semenjak 12 tahun sehingga hari ini 47 tahun, Alhamdulillah, badan gagah dan sihat tanpa sebarang penyakit kronik, denagn izin Allah jua
b) Allah hummaf tah 'alaina hikmataka wan syur 'alaina min khoza ini birohmaikaya arhamar rohimin - kegunaan untuk membuang penyakit, mengisi tubuh dengan kekuatan rohani dan beberapa kegunaan lagi
Selepas dihafal dan diamalkan maka baharulah murid di ajar amalan Silat Kebatinan yakni:-
Selepas mandi dan berwuduk , di hadapan guru murid akan membaca ;-
Basmalah
Ayatul Qursi 1X
Ayat akhir Walaya uduhu hifzhu huma wahuwal 'aliyul 'azhim 7X
Lahaulawala quwwata illa billah hil 'aliyil 'azhim 3X
Salawat Nabi 3X
Ya Allah Ya Rabbi
Tuhan sekelian alam
Berikanlah kami gerak pencak silat permainan Semantan Puteh yang sebenar benarnya
Sambil tangan menadah seperti berdoa biasa, hendaklah berwirid Ya Haiyyu Ya Qoiyyum sebanyak banyaknya, di samping didalam hati cuba lupakan segalanya melainkan kalimah ALLAH
Maka setelah beberapa kali latihan ini, maka kita akan mendapat sesuatu kekuatan dalaman dan bermulalah pergerakkan Silat Kebatinan, maka semua langkah langkah asas yang dipelajari menjadi lebih mudah dan berisi. Namun untuk seberapa ketika amalan ini di bawah pengawasan Guru sehingga mahir
Pengalaman Penulis:- apabila murid sudah merasakan isi kebatinan, selalunya setiap pergerakan akan berdengung dengung seperti lebah tetapi pada tahap perlahan kerana setiap pergerakan adalah berisi, selalu juga tubuh murid akan bercahaya kebiru biruan saolah olah terkeluar daripada tubuh kita, pergerakan menjadi sangat pantas dan kuat dan ada beberapa murid boleh mematahkan buluh dengan mudah, melompat melebihi 7 atau 8 kaki ke udara, pukulan dan tendangan berbisa. Abila sudah serasi, sekiranya berlaku kecemasan, maka murid akan bergerak/bersilat secara tiba tiba untuk mengelak daripada bahaya. Penulis pernah hampir dilanggar dari belakang namun secara tiba tiba mengelak ketepi jalan , baharu lah sedar diri hampir dilanggar kereta. Namun, semuanya adalah Izin ALLAH kerana mungkin berkat amalan pendinding dan wirid serta salawat.
Baru baru ini tahun 2010, penulis di serang hampir 10 india mabuk, namun dengan Izin ALLAH, penulis berjaya menyelamatkan diri daripada serangan mereka. Peristiwa ini menjadi kes Polis di Ipoh.
Insyallah, penulis akan menulis Silat Kebatinan Tahap 2
3 ulasan:
assalammualaikum....
saya ada soalan yang ingin ditanyakan, jika saya tidak mempelajari ilmu persilatan, boleh kah saya mendapat ilmu kebatinan jika saya mengamalkan ayat2 suci yang diberikan? saya menginginkan penjelasan yang lebih jelas daripada saudara penulis blog ini..
boleh ke ilmu ini diamalkan sendiri?
Catat Ulasan