Isnin, 26 Disember 2011

Petua 7 Sendi - Menghilangkan Lenguh dan Sengal

Salam Sejahtera Untuk Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya Bagi-NYA sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA.

PETUA 7 SENDI
==========

Ada petua orang2 'Lama', bilamana semasa mandi pagi, sebaik2nya di Perigi atau disungai, kerana kesegaran dan masih penuh dengan 'Air Bertenaga', maka mahulah diurut & Sendi untuk menghilangkan Lenguh2, yakni Dua Belakang Pelipat kaki, yaitu belakang Lutut,  Dua Pelikat Siku ( bukan siku, tetapi bahagian hadapan ), Dua Pergelangan Tangan  dan Belakang Tengkuk Penyambung Tulang Leher dan Tengkorak.

Sesiapa yang mengamalkan Petua ini, Insyallah diawal2 pagi selepas mandi, hilang rasa2 lenguh dan lemah badan , sindrom awal pagi.

Selamat Mengamal.
Salam

Khamis, 1 Disember 2011

Ayat Pelembut Besi

Salam sejahtera keatas semua yang Mengucap Dua kalimah Syahadah

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala pujian2 hanya untuk NYA sebanyak bilangan ciptaan-NYA

Ayat Pelembut Besi

Bismillah.....................
Hai Besi
Besi berasal dari Langit Yang Tujuh
Aku tahu asal usul mu
Kamu berasal dari Api Langit yang jatuh ke bumi
Kerana perintah ALLAH keatas mu
Tunduk Sujud kepada Anak Adam
Hendaklah kamu taat kepada Aku
Jika kamu engkar, Kamu engkarlah kepada Perintah ALLAH
Besi Khursani dalam tubuh aku
Raja segala Besi
Hai Hadid
Taatlah kamu akan perintah aku
Lemah Lembut diurut urutkan
Lahaulawala quwwata illa billah hil 'aliyil 'azhimmm

Dengan Berkat

..........................................

Khamis, 24 November 2011

Salam DIRI

Salam Sejahtera keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Puji-Pujian Hanya kepada ALLAH sebanyak bilangan Ciptaan-NYA
Maha Suci ALLAH dari Kekurangan dan Kelemahan
Maha Besar ALLAH dengan Keagungan-NYA, Kebesaran-NYA dan Kemuliaan-NYA
Yang Mencipta Langit dan Bumi pada 6 'MASA'

Semua daripada kita lebih maklum dan lazim memberi salam diantara sesama sendiri, jika bertemu dimana-mana, maka sesiapa yang memberi Salam kepada Saudaranya, akan dibalas dengan jawapan Salam yang lebih baik. Maka , kita akan mendapat berkat dari ucapan itu.
Persoalannya, apabila tiada sesiapapun untuk diberi Salam, maka kita pun tidak mendapat keberkatan balasan Salam yang diberikan, maka, disini, Petua2 dikalangan Para Arif, Para Panglima dan Para Sufi, didalam memberi Salam pada diri sendiri.
Petua ini, saya dapati daripada Guru saya, yang mendapatkan nya dari Guru Beliau (Guru SUFI)

Setelah sedar dari tidur, samada selepas atau sebelum amalan2 petua yang lain, maka berilah Salam kepada diri sendiri dengan Ucapan:-

Assala mu'alaikum Ya..........sebutkan nama sendiri bin nama Ibu.

Atau

Assalamu'alaikum Wahai Diriku

Mudah sahajakan, tapi rahsianya ialah Insan terdiri daripada Ruhani dan Jasmani (Ruh dan Jasad ), tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa, yang menghidupkan Ruhani ialah 'Diri ku yang Sirr' atau dikalangan Para Sufi menyebut 'Sirrur Sirr' bermakna Rahsia didalam Rahsia, kerana inilah yang menghidupkan Ruhani Insan, Diri Insan yang sebenarnya.

Perlu tahu perbezaan diantara Ruh, Nafas, Nyawa, Jasmani kerana ianya sama tetapi tidak serupa. Maka, Ilmu inilah digelar Ilmu Hakikat, maka perlulah mencari Guru2 Sufi yang HAQ untuk memahaminya.
Disini, saya hanya mahu menekankan keberkatan dan Fadhilat yang didapati apabila memberi Salam pada diri sendiri.

Satu lagi Petua Pendekar2 dan Panglima2 ialah, lazimnya mereka sebelum keluar dari rumah, memberi Salam kepada Bapa dan Ibu, Yakni Langit dan Bumi:-

Assalamu'alaikum Langit Bapa ku
Assalamu'alaikum Bumi Ibu ku

Baharulah mereka melangkah keluar dengan langkah permulaaan kaki kanan pertama sambil membaca:-

Bismillah Hirrohmaniirohim (Kaki Kanan)
Tawakaltu 'allahhi (Kaki Kiri)
Lahaulawa Quwwata illah billahhil 'aliyin 'azhimm Kaki Kanan sekali lagi)

Ini juga adalah amalan2 yang boleh didapati didalan Kitab Karangan Ulama2.

Wallhualam

Selasa, 22 November 2011

Petua-Bangun Pagi

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Kepada ALLAH Sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA

Ini adalah Petua Petua setelah bangun dari tidur, sebelumnya membersihkan diri , maka hendaklah melakukan beberapa langkah yakni:-

1. Setelah sedar dari tidur, janganlah berangan2 kosong, hendaklah terus bangun dengan menjelunjurkan kaki terus menepuk-nepuk muka sambil berselawat Nabi SAW, sehingga muka menjadi panas. Teruskan mengurut-urut bermula dari dagu terus ke ubun2 dengan membaca seperti ini.........

Assalamu'alaikum Ya Nur Muhammad, Nur Kecantikkan Meliputi Wajahku, Nur Azali Menyerap kedalam Wajahku, Nur Segala Nur Menghiasi Akan Jamil-ku.

Setelah melakukan beberapa kali (tanpa hitungan yg tetap, ikut kerajinan masing2), maka terus panaskan kedua2 tapak tangan dan urutkan kedua2 belah mata, bermula dari arah dalam kearah tepi-mata dengan kepanasan tapak tangan tadi, sambil membaca Doa ini:-

Allahhumma 'afi-ni-Ba-sho-ri...bbrp kali.

Sesudah itu, mahulah ditepuk belakang tengkuk dengan perlahan-lahan dan terus diurut bermula pangkal leher terus kearah atas kepala. Seterusnya, mahulah ditumbuk2 belakang pinggang perlahan2, terus maju dengan menumbuk2 anak (perlahan2) dari atas bahu sehingga ke kedua2 belah siku terus ke belakang tapak tangan. Ianya disambung kembali bermula dengan kedua2 belah pinggang, tumbuk anak terus melalui paha, lutut, belakang lutut dan disudahi pada kedua2 belah tapak kaki.

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan masa, urutlah tujuh anggota sendi seperti belakang lutut, sSesiapa yang mengetahui Senaman Harimau atau Kucing, maka ianya adalah lebih afdal lagi. Jika tidak, senaman dan urutan ringan diatas adalah memadai untuk peredaran darah dan menambahkan Seri Wajah Pagi.

Wallhualam.

Nota. Sambung dimasa akan datang, Insyallah.

Sabtu, 19 November 2011

Petua Untuk Lelaki

Salam Sejahtera untuk semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Segala Puji-Pujian hanya Bagi ALLAH Sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA
Salawat dan Salam untuk Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Petua Untuk Membesar dan Memanjangkan Zakar

Petua ini diperolehi daripada orang2 tua lama yang pernah bekerja didalam Istana2 Sultan2 Melayu.
Petuanya agak mudah, mula2 cuba dapatkan Zakar Kuda Jantan, dipotong2 kecil dibuat Sup tanpa garam dan rempah. Setelah selesai, maka hendaklah merendamkan badan kita didalam air panas selama paling kurang sejam atau dua, sambil memakan Sup tersebut.

Insyallah, jika dapat diamalkan selalu, maka Zakar kita boleh mencapai melebihi 7 atau 8 inci mengikut amalan dan kerajinan masing2, disamping itu, mempunyai kekuatan seperti 2 'Jantan'.

Selamat mencuba kerana petua ini amat mujarab dan diamalkan oleh Sultan dan Raja2 Melayu, begitu juga Pembesar2 dan Hulubalang2 Melayu.

Wallhualam

Jumaat, 11 November 2011

Ilmu Usul - Ilmu Hakikat Diri

Salam Sejahtera keatas semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Segala Puji Pujian kepada ALLAH dengan sebanyak bilangan CiptaanNYA


Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW


Ilmu Usul
=========


BISMILLAH AR-ROHMAN AR-ROHIM


ALIF LAM LAM HA
Asal Usul Alam Semesta
Zat Sifat Asma Fe'el


LAHUT, MALAKUT, JABBARUT, FANA
Asal aku dari Nur Muhammad
MIM HA MIM DAL
Tanah, Air, Api, Angin
Asal Aku dari Tanah
Asal Aku dari Air
Asal Aku dari Api
Asal Aku dari Angin


Akulah Insan Khalifah Bumi
Semua makhluk tunduk sujud di telapak kaki aku
Bukan Kata Aku
Kata ALLAH dari Azali


Dengan Berkat Kalimat


LA I LA HA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH


Nota.....Kalimat Diatas selalunya digunakan apabila melalui kawasan 'keras' dan 'berpenunggu' yang suka merasuk dan menganggu manusia. Apabila berhadapan atau pun tidak, carilah empat potong kayu bersih dari najis dibuatkan 4 penjuru kawasan dan setiap penjuru dibacakan Kalimat diatas.


Jika didalam rumah yang ada gangguan, carilah 4 potong kain putih suci dari najis, tuliskan Kalimat diatas didalam bahasa JAWI, supaya Kalimat ALLAH dan MUHAMMAD tertulis didalam asal bahasa arab, besertakan Kalimat Basmallah 21X, dan dipakukan pada 4 penjuru rumah atau kawasan rumah.


Wallahualam.





Sabtu, 5 November 2011

AIDIL ADHA

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW, Pengikut2 Sahabat2 Baginda SAW..............

Sempena Ini, Saya ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, semuga Saudara2 sekelian Sihat dan Berbahagia DiDunia dan Di Akhirat.

Semua Orang Islam Itu Bersaudara Dunia dan Akhirat.

Saya akan bersambung lagi bab2 Ilmu Kebatinan Melayu selepas Aidil Adha, Insyallah

Selasa, 25 Oktober 2011

Ayat Binatang Bercakap

Ini adalah Petua orang2 Tua dahulu dimana untuk memahami bahasa haiwan. Caranya agak mudah.

Ayat Bercakap dengan Haiwan
======================

TAQ-WA-BIL-MIN

Bacakan kepada telinga haiwan, hembuskan secara lemah lembut dan lihatlah kelakuan haiwan tersebut, maka Insyallah, pada ketika itu, kita dapat memahami melalui Gerak Hati apa yang haiwan itu katakan. Wallhualam

Isnin, 24 Oktober 2011

Pembuka Kebal

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan juga keatas Ahli Keluarga dan Sahabat Baginda SAW

Eratkan Tali Persaudaraan sesama Islam dan jauhilah diri daripada persengkolan dengan musuh Islam secara terang dan nyata menentang Islam dan orang-orang melayu, dan juga jauhilah diri daripada mereka-meraka yang menyokong perjuangan komunis Kafir Laknatullah. 

Sesungguhnya, kaum ini amat membenci Islam dan Penganutnya, dan mencari Jalan untuk menghancurkan Islam dengan menggunakan orang2 Islam untuk membinasa Islam dan sekelian Muslimin dan Muslimat.

Ayat Membuka Kebal, Sebarang Jenis Kebal
============================

Sekiranya berhadapan musuh yang Kebal, maka hendaklah membaca Qol Huwallah Hu-Ahad, Hu-Ahad, Hu-Ahad terus menikam, mencantas, menghiris dan sebagainya sambil berdoa:-

Ya Allah Ya Rabbul "alamin

Bukakanlah kebal lawanku......3 Kali.

Ada satu petua pendekar lama, senjata ditikam ke tanah sambil membaca Kalimah ALLAH HU AKBAR dan Salawat.


Ayat Pedang
========

La Yas Tah Lipan-nakom Ila Abu Bakar

Cara Amalan ialah membaca Ayat diatas, asahkan ke kedua-dua belah tangan sebanyak 3 kali sambil membaca ayat tersebut.

Ayat Semangat/Mengembalikan Semangat
============================

Wa huwa ma'akokum Ai-Nama kuntum

Cara Amalan ialah dibaca setelah selesai mandi atau selepas Solat.

Wallahu'alam

Khamis, 20 Oktober 2011

Ilmu Ilham/Petunjuk

Salam untuk Muslimin Muslimat


Ini adalah ayat untuk mendapat petunjuk didalam sesuatu perkara, seperti petunjuk jalan jika tersesat, petua keluar rumah menghadapi sesuatu, atau boleh juga digunakan mencari barang2 sihir yang ditanam didalam tanah atau tersorok.


Ayat Ilham/Petunjuk


Hai Malaikat yang putih
Salam Malaikat keatas engkau
Salam Tuhan yang Maha Esa keatas engkau


Ya Arhamarrihimin
Aku mohon petunjuk dari dengan
Berkat dan Kalimat


Assalamu'alaikum....3 kali

Serapah Pengasih

Assalamu'alaikum kepada semua Muslimin Muslimat


Jampi Serapah Pengasih orang2 Melayu dahulu kala, yang digunakan untuk memikat anak dara.


Basmallah


Kata Allah Kun
Kata Muhammad  Kun
Aku menikah dengan kamu
Berkat




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Baca 3 kali dan hembus


Cara amalanxxxxxx

Selasa, 18 Oktober 2011

Ilmu Minyak Pengasih

Ini adalah Ilmu Minyak Pengasih yang didapati oleh Bomoh2 Melayu dan juga Pawang2. Cara membuatnya bukanlah sesukar mana kecuali mencari bahan2 bunga2 dan jenis minyak.


Ilmu Minyak Pengasih ini, tidak membuat menjadi gila tetapi sekadar perasaan kaseh terbit dan bagi yang mempunyai niat yang bersih, adalah amat mujarab sekali.


Bahan2 nya ialah:-


a) Bunga Cempaka Sari Kuning 7 kuntum
b) Bunga Melur Putih 7 kuntum
c) Bunga Kenanga Kuning 7 kuntum


Kesmuanya dimasak dengan Minyak Kelapa Dara dengan api tempurung tidak berlubang. Sesudah dimasak dan sebati maka perlulah ditapakan diatas sebuah busut selama 3 hari 3 malam berturut2 ketika bulan mengambang penuh.


Ketika bulan mengambang, bacalah mantera ini:-


hai minyak pengasih
aku gantung dileher gajah putih
semua manusia dan jin
tunduk sujud dibawah telapak kaki kiri aku
aku seru engkau dengan nama Nabi Yusuf
sekelian makhluk jatuh kaseh sayang kepada aku
berkat aku memakai minyak seri muka 
berkat


..................................


Cara Kegunaannya:-


a) Bila calit dimuka, kening atau misai baca serapah ini


bukan aku memakai
aku memakai minyak nyawa
sekelian memandang jatuh kaseh...3X


b) Calit pada tengkuk orang


bang sorong
bukan minyak sebarang minyak
minyak kaseh seumur hidup......3X




c) Calit pada baju


aku yang memakai minyak neraka jahanam
barang siapa mengena
jatuh rebuh jantung hati
asal minyak dari api neraka
bakar jantung kalbu siapa sahaja....3X




Ini hanya untuk pengetahuan sahaja ilmu2 pawang dan bomoh2 , lagipun ada hari2 tertentu untuk memuja dan tapa minyak ini.

Ilmu Penaik Nafsu Wanitan

Serapah ini adalah Ilmu Penaik Nafsu Wanita, digunakan oleh para2 suami zaman dahulu kala. Ianya hanya boleh digunakan oleh yang sudah berkawin sahaja.

Ilmu Penaik Nafsu Wanita/Isteri
+++++++++++++++++++++++++++++++


asal lelaki dari tulang sulbi
asal perempuan dari tulang dada
hai perempuan, aku tahu asal kau jadi
asal kau jadi dari tulang rusuk yang kiri
akulah ibu bagi kamu
basmaka
naik nafsu ghairah
berkat


.......................

cara amalan ialah dipagi hari , ambil air embun mengadap matahari naik pada daun bunga raya atau daun sireh
buatkan penaik pada tangan sambil membaca serapah diatas sehingga kering

cara kegunaan....rahsia.

Khamis, 13 Oktober 2011

Pendinding Silat Jawa Lama

Pendinding Silat Jawa Lama
++++++++++++++++++++++++++

Iro wo kiwo majunang keng
Biso iro keng pat sat tak ji uro
Moganeng Pasek bakpa sek ejuro
Karsane Tuhan Yang Maha Esa

Berkat Dolat

La'ilaha illallah
Muhammad Rasulullah

Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas

Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas Peringkat Akhir, bagi meningkatkan lagi kekuatan Dalaman

Ini satu latihan terakhir didalam Tahap Satu Ilmu Nafas didalam Permainan Sinar Islam. Bertujuan dengan pelbagai rahsia seperti menambahkan kekuatan dalaman/kebatinan, mengunci batin daripada 'di tarik' musuh, satu latihan yang amat sukar tetapi hasil yang sangat menakjubkan jika berjaya.

Latihan ini perlu dilakukan apabila hanya tubuh badan pada tahap kesihatan tertinggi, akal fikiran yang tenag jauh dari masalah yang akan mengganggu tumpuan, dan terlebih penting hati dan perasaan tenang tetapi bersemangat tertinggi.

Latihan yang mula-mula ialah berlatih bernafas menggunakan otot perut sekuat-kuat yang terdaya. Sedut nafas sedalam-dalam terdaya, dan tahan nafas sehingga mana yang boleh, sementara itu, tahan nafas dihidung dan bernafas dengan menggunakan kekuatan perut yakni perut naik-turun seolah-olah sedang bernafas, tetapi pada hakikatnya tidak sambil itu berzikirlah dihati dengan Kalimah ALLAH sebeberapa yang boleh. Tujuannya ialah jika berjaya, dengan latihan senafas, kita dapat berzikir sekurang-kurangnya 100X sekali nafas.

Ini bukan satu kerja yang mudah, perlukan ketekunan, kesabaran dan kemahuan yang tinggi, tetapi jika berjaya, inilah beberapa kegunaan2nya.

1) Seperti Sinar Islam juga, ada perguruan mampu menarik 'kebatianan', maka jika berhadapan tanda2 seperti itu, apa yang perlu dilakukan ialah menahan nafas kita, sambil tangan menutup pusat seperti sedang Solat dan mata perhatikan naik turun nafas lawan. Dengan kebolehan kita menahan nafas yang lama, jika lawan tidak mempunyai kebolehan yang sama, maka semasa berhadapan dengan lawan, semasa lawan melepaskan nafas , semasa itulah kita menggunakan kesempatan menarik 'kebatinan' lawan, kerana petuanya ialah semasa melepaskan nafas, itulah masa yang paling tepat menggunakan kelebihan2 yang kita ada. Namun, bukan semua lawan mempunyai kebolehan atau kelemahan yang sama. Ini hanya sebagai usaha sahaja.

2) Mana2 yang telah berjaya, salah satu kelebihan ialah kita mendapat 'tembus -mata' mengetahui kekuatan dalaman/kebatinan orang lain, samada menggunakan khadam, amalan Ilmu Nafas, amalan2 kebatinan yang lain2, kerana ada pelbagai bentukamalan samada baik atau jahat. Jika kita dapat 'membaca' kekuatan orang lain, maka itulah kelebihan kita. Ini adalah penting jika kita disudi atau dicuba orang lain, yang mana dengan Izin-NYA, kita tahu apa kah permainan mereka.

3) Tubuh badan senantiasa kuat dan cergas, tidak mudah mengah dan letih kerana pernafasan yang baik perlu untuk kecergasan tubuh badan terutama Ahli2 Silat yang memerlukan tenaga yang banyak dan nafas yang baik supaya tidak cepat mengalah dan letih. Bayangkanlah, jika baharu 'bermain, sepuluh minit, kita termengah2 tidak cukup nafas, bagaimana pula mahu menentang lawan yang lebih ramai.

Selainnya, Pernafasan yang baik adalah kebaikan  untuk 'Nur' kita.

Wallahualam

Sabtu, 1 Oktober 2011

SINAR ISLAM- LATIHAN PERNAFASAN MENARIK KEKUATAN BATIN MUSUH

Salam untuk semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Denagn Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan juga keatas Keluarga Baginda dan Sahabat2 Baginda

Latihan Ilmu Nafas Bagi Menarik Keluar Kekuatan Kebatinan Lawan

Sebelum saya nyatakan, terlebih dahulu sesiapa yang ingin mempunyai kebolehan ini, mesti wajib mempunyai Kekuatan Dalam/Kebatinan yang bukab kepalang Tinggi dan Kuat. Walaupun mengetahui cara2 melakukannya, sekiranya tidak mempunyai kekuatan Dalaman, maka seperti seolah2 menarik sebuah lori treler yg berat, walaupun tahu menggunakan bermacam-cara untuk menarik treler tersebut. Mereka yg sudah mempunyai kekuatan Dalaman/Kebatinan , menarik lori treler seolah2 menarik sebuat kancil atau lebih ringan lagi.

1) Membaca Kalimah Syahadah, Asy-hadualla ila ha il-lallah, hembuskan nafas sekali hembusan sambil tangan mengenggam kuat menarik sesuatu ( Maqrifat menarik keluar kebatinan lawan) dan dibuang kesisi, atau disimpan dibawah tapak kaki kiri, bagi mereka yang mengetahui cara2nya.

Nota: Diatas adalah cara kegunaan

2) Cara latihannya ialah amalan membaca Kalimah Syahadah seperti diatas, setiap kali bacaan sekali hembus nafas melalui hidung sekurang2nya 40 X sehari semalam atau lebih baik melebihi 100X sekali amal sehari semalam.

3) Kekadang, pihak lawan mempunyai pendinding kukuh, maka bukan mudah menarik sebegitu sahaja, maka acap-kali sebelum melakukan percubaan itu, baca Kalimah WA DAH NI YAH , bukakan pendinding lawan dengan kedua dua belah tangan seperti menyelak kain langsir, terus melakukan pernarikan kekuatan Dalaman/Kebatinan lawan. Sekali lagi, bukan mudah membuka atau meruntuhkan pendinding lawan jika tiada kekuatan Dalaman/Kebatinan sendiri.

NOTA:- Amalan diatas dan penggunaannya adalah bagi murid2 lama dan mereka yang sudah ada pengetahuan mendalam Ilmu Nafas Sinar Islam secara keseluruhan, kerana asas kekuatannya ialah amalan2 berterusan mereka dengan pengetahuan segala rahsia dan Ilmu Nafas Sinar Islam yang sudah mereka Tamat dari GURU. Diatas, hanya sekadar pengetahuan AM sahaja.


LATIHAN KHUSUS ILMU NAFAS UNTUK KEKUATAN KEBATINAN/DALAMAN

Hendaklah mengamalkan pada setiap malam sekurang2nya 313 X yang mana selepas setiap kali bacaan Kalimah ALLAH HU AKBAR,hendaklah menarik nafas sedalam dalam yang mampu menggunakan kekuatan perut sambil kedua2 belah tangan  menutup pusat (seperti Solat), dan menghembuskan nafas melalui mulut dengan perlahan dan terkawal dengan bunyian Kalimah HU (DIA yg ESA)

Baca ALLAH HU AKBAR, sedut nafas sekali dengan perlahan2 dan terkawal.

Jika mana2 murud yang telah lazim dan sebati mengamalkan petua ini, acap-kali terlihat pada pandangan mata tubuh bercahaya bersinar-sinar putih kekuningan, kadang kala kehijauan dan kebiruan-biruan, mengikup tahap dan Jiwa masing2.

Ianya sesuai dengan Sabda Baginda SAW, mereka yang melazimkan berzikir dengan Kalimah2 Asmaul Husna, mereka akan mendapat NUR.

Wallahualam.

Sabtu, 10 September 2011

Latihan Ilmu Nafas-Sambungan

Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca2 Blog Ilmu Kebatinan Melayu-Warisan Bangsa Melayu.

Salam juga kepada semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Tiada Yang Berhak diSembah Selain ALLAH, Nabi Muhammad Adalah Pesuruh ALLAH.


Kewajiban ketaatan kepada ALLAH dan RASUL, kemudiannya kepada kedua IbuBapa dan seterusnya kepada Ulul Amri yakni Pemerintah/Kerajaan selagi tidak menghalang orang Islam untuk mengamalkan Islam dan tidak memaksa dan memerintah melakukan maksiat kepada ALLAH, seterusnya ketaatan kepada Guru yang memberi Ilmu yang bermenafaat.

LATIHAN ILMU NAFAS-PETUA SEBELUM KELUAR RUMAH

Amalan ini biasanya diamalkan oleh beberapa Ulama, setahu saya Tok Janggut, Dato Bahaman dan Mat Kilau juga mengamalkannya dan mereka mendapatkannya daripada Auliallah Tokku Paloh, penasihat kepada Sultan Terengganu.

Gelaran Nafas2 ialah keluar nafas kanan digelar Abu Bakar, manakala keluar nafas kiri digelar Umar.

Setiap hari dengan niat amalan untuk Petua Keluar Rumah, amalkan menghembus nafas dari hidung kanan sebanyak 7X, sementara hidung kiri ditutup,hembusan secara lemah lembut dimana lafaz mulut dan hati adalah serentak sambil maqrifatkan huruf ALLAH HUAKBAR, yakni huruf2 ALIF LAM LAM HA , ALIF KAF, BA, RO..............dengan fahaman secara mudah apabila amalkan yang tersebut seolah olah mata melihat tulisan ALLAH HU AKBAR di atas kertas putih (latihan permulaan) sambil hati dan lidah serentak melafaz ALLAH HUAKBAR.

Walaupun bukan mudah, Insyallah, lama-kelamaan akan menjadi mudah dan serasi.

Cara kegunaan ialah, sebelum keluar rumah( atau mana2 tempat) sambil senafas, bacalah kalimah  ALLAH HUAKBAR dan hembuskan nafas hidung, jika angin kanan lebih kuat maka baik, jika angin kiri lebih kuat , maka tangguhkan dahulu atau jika terdesak dengan urusan penting maka sebelum keluar bacalah mana2 Ayat Pendinding seperti Bismillahirrohmanirrohim, Tawakkaltu "allallahhi, Lahaulawala quwwata illa billahhil 'aliyil 'azhiim.......atau mana2 ayat pending seperti Ayatul Qursi, selainnya berserah kepada ALLAH. 

Wallauhualam

Peringatan:- Sejak akhir2 ini, telah nyata musuh2 Islam dan bangsa melayu menyokong dan menyebarkan fahaman sesat Komunis yang tidak mempercayai ALLAH dan beragama. Didapati didalam Facebook secara sedar atau tidak, ada dikalangan orang2 Islam dan melayu menyokong komunis hanyasa kerana kepentingan politik yang sempit. Sebagai seorang Muslim, kita senantiasa beriktikad bahawa tiada agama yang diredhai selain Islam oleh ALLAH, selainnya adalah fahaman sesat lagi menyesatkan. Janganlah kerana sokongan politik menyebabkan syahadah kita terbatal dan mati kafir secara tidak sedar. Iktikadkan selalu bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH dan orang Islam itu adalah bersaudara dunia dan akhirat.

Wassalam

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Bulan Ramadhan di penghujung, Syawal menjelma

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

Ada umur kita bersambung selepas Raya nanti, Insyallah

Rabu, 10 Ogos 2011

Musuh Islam - Nyata dan Tersembunyi

Salam Sejahtera kepada semua orang Melayu yang beragama Islam beriktiqad bahawa Tiada yang Berhak di Sembah Selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan perbuatan hina dan keji puak kristian di Selangor (beberapa negeri juga) sebegitu berani dan terang mencabar Kedaulatan Islam dengan usaha untuk Memurtadkan orang2 Islam di Selangor dan bertambah ketara dan biadap semenjak puak DAP memerintah Selangor dan Pulau Pinang, maka wajiblah kita sebagai seorang Muslim mempertahankan Aqidah saudara2 kita seagama tanpa mengira Parti Politik.

Saya sebagai Guru Utama Semantan Puteh telah lama memperjuangkan perkara ini di Perak, walaupun secara tersembunyi dengan berdakwah secara hikmah dan baik dengan anak2 muda dan sesama Muslim tidak mengira puak dan Parti mana sekalipun. Iktiqad jelas saya ialah mempertahankan Kedaulatan Islam dan bangsa Melayu, yang diserang dari semua penjuru sudut termasuk dari kalangan Muslim dan orang Melayu sendiri (barangkali bertopengkan nama Islam tetapi berakidah kafirin)itulah menyebabkan saya terbuka hati membuka Blog ini supaya generasi Melayu baru dan lama terbela dan dapat mempertahankan diri, keluarga, saudara seagama dan Islam keseluruhannya.
Saya secara ikhlas menyeru supaya kita bersatu diatas nama ALLAH dan RASULNYA. Amin.







AYAT PERANG - Sinar Islam
==========================


Ianya dinamakan Ayat Perang kerana ianya menggunakan Surah Al-Fiil sebagai Pembuka. Amalan ini diamalkan hanya selepas mana2 Solat wajib dan boleh juga diamalkan bila2 masa terutama di malam Jumaat dan Jumaat. Amalan ini untuk mengisi kekuatan kebatinan dan mengeraskan Semangat Murid2 tanpa mudah berasa takut dan mudah terkejut, malahan keberanian sebegitu rupa sehinggakan sedikitpun tidak takut memasuki hutan atau mana2tanah perkuburan kerana ruhani dan hati dipenuhi kekuatan kebatinan, lagipun masakan akan merakan perasaan takut kerana hati senantiasa sibuk mengingati ALLAH dengan berzikir menyebut2 Nama2NYA.


Basmallah

Surah Al-Fiil ...................3X

Ya ALLAH Tuhan sekelian Alam
Kami HambaMU, Kami TenteraMU
Sediakanlah kami dengan kekuatan kebatinan
Ruhani dan Jasmani 
Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir......21X atau 40X

Sesudah itu, hendaklah menghembuskan nafas mulut sekuat2nya kepada kedua belah tapak tangan lalu disapukan kepada seluruh tubuh badan yang mana tercapai, akhirnya ditutup dengan menghisap nafas sedalam2nya sambil kedua2 belah tapak tangan kita menutup muka, seperti selepas habis berdoa.

Sesudah tiu, bacalah Surah Al-Fiil pada kedua2 belah tapak tangan dengan kedudukan seperti berdoa, setelah selesai, hembus nafas pada kedua2 tapak tangan lalu digosok2kan sehingga panas sambil membaca Asmaul-Husna diatas sebanyak 7X dan dipenaikkan bermula hujung kedua belah tangan dan ditamatkan pada kedua belah bahu sambil menghisap nafas sedalam-dalamnya sambil berniat supaya tangan berbisa, keras dan berisi kekuatan kebatinan.Setelah selesai, maka ditepukkan kedua belah tapak tangan dengan kuat di kedua2 belah bahu sambil menyebut ALLAH HU_AKBAR

Amalan ini memerlukan penumpuan penuh kerana memerlukan kekuatan Maqrifat murid2.

Wallahualam