Sabtu, 2 April 2011

Ayat Ampuh Dari Khianat dan Kecemasan

Salam untuk pengikut didalam blog saya terutama bloggers penentang politik pengkhianat bangsa dan agama.

Sila saudara amalkan ayat dibawah ini bersungguh sungguh dengan niat mempertahankan agama dan bangsa kita, melayu, Insyallah perbuatan khianat, sihir atau kecemasan diberi pertolongan oleh Allah, khas untuk blogger BR, GWM, GAP, PPGM, dll, sila amalkan ini:-

Bismillah.................................

QUL-LAN-YU-SHI-BANA -ILLA MAKA-TAB...
(Shi adalah huruf Shod) amalkan setiap selepas solat atau mana mana waktu lapang sebanyak sekurang kurangnya 40X sehari semalam sampai bila bila.

Cara menggunakannya apabila berhadapan dengan kecemasan seperti musuh mencuba memukul, merompak atau apa sahaja perbuatan mendatangkan mudarat kepada kita, bacalah ayat diatas, dan apabila sampai pada ayat akhir MAKATAB....tekan lidah pada langit langit diatas dan jangan lepaskan sehingga keadaan sudah selamat. 

Perbuatan khianat seperti sihir, khianat tersembunyi dan sebagainya yang tersembunyi dari pengetahuan kita, serahkan sahaja pada Allah, Dia yang akan uruskan perbuatan jahat tersebut.

Saya amat berkeyakinan dengan amalan ayat diatas kerana telah beberapa kali membuktikan jasa , dengan BIIZNILLAH jua, terbaru pada tahun lepas diserang oleh beberapa pemuda india mabuk  diantara 8 hingga 10 orang( penyokong hindraf) menyerang kerana saya hampir melanggar salah seorang daripada mereka yang berkeadaan mabuk melintas jalan tanpa melihat kiri-kanan, perbuatan saya yang sudahlah menyelamatkan pemuda india itu daripada dilanggar oleh kenderaan saya, mereka pula menyerang secara membuta tuli, manakala kedai kedai cina berhampiran semuanya menutup pintu , maka dengan Izin Allah jua, tiba tiba saya teringatkan ayat diatas, maka sayapun membacanya tanpa henti henti sambil menyerahkan urusan ini kepada Allah, secara tiba tiba, mereka pula bergaduh sesama sendiri bertumbuk dan berkelahi, maka sauapun dengan segera beredar terus kebalai Polis berhampiran membuat laporan. Beberapa daripada pemuda india tersebut ditangkap mungkin di dakwa dibawah kanun keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan kepada orang awam lain.Wallahi, Wabillahi , Watallahi, ini peristiwa terbaru terjadi keatas saya di Ipoh berhampiran Taman Jati.

Amalan diatas juga, sekiranya kita diserang oleh musuh bersenjata, maka caranya sama kecuali ditambah tumit dihendak dengan kuat ke tanah/bumi, maka jika pistol, ianya tidak akan meletup, manakala musuh bersenjata tajam atau pistol, akan terkunci terpaku seolah olah badan dikunci kaku dan kaki seolah olah dipegang bumi.

Insyaallah, amalkanlah ini, sebab jasanya sudah beberapa kali, maka inilah satu satunya ayat amalan yang saya secara redha IJAZAHKAN kepada pembaca.............

Wallhualam


5 ulasan:

Wan berkata...

salam...Tuan,jika ada ayat2 yg tertera bersangkutan dgn ayat al-quran,harap boleh dilampirkan bersama ayat ke berapa dari surah apa,utk rujukan..kerana ayat al-quran wajib dibaca dengan tajwid yang betul,dan memahami maksudnya memberi pemahaman yg lbih baik utk amalan..ape pon,trima kasih atas pkongsian ilmu yg Tuan berikan..wallahu a'lam..

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam rockmysoul

Ya saya bersetuju dan kerana itu saya baharu sahaja membeli scanner khas bagi tujuan tersebut dan sudah memahirkannya........nanti sudah selesai lengkap tulisan terbaru, saya akan sertakan scan ayatul Quran beserta nama surah dan kedudukan ayat tersebut.
Teriam kasih dan sila ikuti blog saya setiap minggu , insyallah akan ada penulisan terbaru

salam

AlifMimYaNun FaDhodLamAlifNun berkata...

Salam Isnin.

Ayat di atas tu adalah sebahagian ayat yang pertama dari amalan ayat 7. Surah At-Taubah (9), ayat 51.

http://www.freewebs.com/aura-hikmah-resource/ayat_7.gif

surah.my (untuk memudahkan rujukan).

Ayat 7 juga dikenali sebagai Munjiyat, yang bermaksud PeLindung/Penyelamat.

Walloohu'alam...

Salam Zahir+Batin.

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam Alif Mim Ya Nun......

Ya memang benar seperti anggapan saudara, ianya sebahagian dari ayat At Taubah Ayat ke 51 dan juga sebahagian amalan ayat Tujuh yang memang tersohor dikalangan Ulama2 pondok.

Bagaimanapun, dengan cara amalan yang berlainan untuk maksud dan faedah yang tertentu, ianya digunakan sedemikian rupa untuk tujuan tertentu, sepertimana, amalan Basmallah yang beratus cara kegunaan dan amalan untuk maksud berlainan.

Itulah kekayaan dan Rahmat yang telah ALLAH kurniakan kepada kita .

Terima kaseh kerana sudi mengikuti Blog saya, jika tidak keberatan marilah sama2 kita berkongsi Ilmu dan Amalan untuk kebaikan bersama, kerana saya percaya para pembaca juga mesti mempunyai amalan dan ilmu yang pasti saya tidak tahu menahu.

Ilmu warisan bangsa kita amat banyak, bayangkanlah pencarian melebihi 30 tahun tahun, saya masih mencari2 dan belajar.

Wassalam

neo berkata...

salam Tuan,sy minta izin mengamalkan ayat ini..terimakasih